Sangka Semua Orang Malaysia Petah Bahasa Cina, Evan Gelar Meerqeen Maskulin!

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Dalam pada itu, Evan yang sudah menjejaki Singapura tetapi bukan Malaysia berkongsi tiga perkara yang dia tahu tentang Malaysia.

 

“Saya tahu, ramai orang Malaysia boleh berbahasa Cina. Jadi, saya rasa mudah bagi saya nak berkomunikasi dengan mereka kerana saya belajar bahasa Cina. Saya juga tahu tentang Kota Kinabalu. Ia adalah destinasi yang saya mahu tuju nanti.


“Selain Kota Kinabalu, saya juga tahu tentang Kuala Lumpur. Saya banyak tengok gambar pasal Kuala Lumpur dan teringin sangat melawat ke sana nanti,” jelasnya.

Tersenyum melihat foto aktor baru yang popular dari Malaysia, ini pandangan Evan yang mengatakan 3 hero ini lebih tampan darinya.

“Meerqeen, Maskulin dan kacak. Hun Haqeem pula saya rasa seksi. Mierul pula nampak tinggi, kacak dan trendy.

“Terus-terang saya rasa diri saya ni biasa saja. Saya lebih kepada lelaki yang cool. Sekarang ini banyak lelaki kacak di sana-sini. Namun, saya lebih rasa wajah saya ni adalah wajah aktif, positif dan yakin,” tambahnya lagi.

 

Mempunyai banyak impian, Evan mempunyai tiga impian untuk jika berjumpa dengan Jin lampu ajaib.

 

“Jikalau saya jumpa Jin Alladin tu, saya nak minta untuk jadi kaya raya. Kemudian saya nak semua ahli keluarga saya sihat dan gembira. Dan akhir sekali saya mahu jadi Atlet paling popular di dunia,” katanya.

Nak tahu rahsia program Physical 100 yang tular itu, ikuti pengakuan lanjut Evan yang menjadi peserta program berkenaan dalam entri selanjutnya.

 

 

2 of 2Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini