Dipinang Muslimah & Seiras Aktor Hollywood Ken Kirby, Paul An Kepingin Nasi Lemak & Jelas Bab Magnet LGBT!

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selain merangkul juara, Paul juga dipilih sebagai Face of anas abdullah dengan menandatangi kontrak bernilai RM200k. Jadi dia bakal bertandang ke Malaysia dan mempunyai perancangan setelah menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur nanti.

“Saya masih belum yakin lagi sama ada untuk meneruskan karier dalam industri hiburan. Sebab utama, saya takut saya gagal. Bagaimanapun, untuk mencari jawapan itu, tidak salah kalau saya mencuba. Manalah tahu menjadi.



“Walaupun saya ragu-ragu, ia bukan bermakna saya tidak yakin dalam bidang peragaan.. Saya memang tidak sabar nak ke Malaysia untuk bertemu penyokong saya dan Anas Abdullah sendiri. Sampai saja di Malaysia nanti, saya kepingin sangat nak makan nasi lemak,” jawabnya sambil tersenyum lebar.

Mempunyai pandangan berbeza mengenai wanita Muslim yang mahu pakwe atau suami bangsa, Paul terkejut tetapi berkemungkinan besar bakal menerima lamaran dari wanita muslimah.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini