Undi Sekarang Untuk Penentu Imej Baru Korea Buzz 2023!

Sempena menyambut ulang tahun ke 7, Korea Buzz merangka imej baru untuk majalah atas talian kesukaan ramai. Selain bakal mengeluarkan dalam bentuk fizikal tidak lama lagi, kumpulan editorial Korea Buzz banyak mencadangkan aktiviti yang lebih merapatkan pembaca bukan saja dari Malaysia, bahkan dari seluruh negara terutama sekali Asia Tenggara. Oleh itu, Korea Buzz memohon jasa baik untuk anda mengundi imej terbaik untuk wajah baru Korea Buzz nanti.

Selain itu, seandainya anda mempunyai cadangan yang lebih baik serta rangka idea yang lebih menarik untuk isi kandungan Korea Buzz, anda boleh hubungi kami dengan DM terus sosial media kami sama ada Instagram atau pun Facebook. Anda juga boleh terus email ke alamat info@thekoreabuzz.com.

Selamat mengundi tau!

 

 

 

Imej Baru Korea Buzz
Korea Buzz Tampak Lebih Umph Dengan....

Kongsikan artikel ini