Disangka klon Wajah V BTS & Park Ji Hoon- Dave Dedah Idola, Pendorong & Covid-19

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Menyedari dirinya seorang pendiam dan pemalu, Dave mula mengambil langkah berani untuk merubah dirinya yang kini mencari pintu untuk ke alam dewasa dengan mencuba bidang peragaan. Pun begitu, usia 18 tahun bukannya sah untuk dia meminati KPOP.

“Bukan saya tidak minat KPOP. Namun, saya tidak ada kumpulan lelaki atau perempuan yang saya agungkan. Saya banyak mendengar lagu dari OST dan penyanyi-penyanyi lama yang lagunya lebih menyentuh dan penuh mesej. Pada mulanya, saya tidak yakin nak jadi model kerana saya tahu, saya ni pemalu, pendiam dan kurang keyakinan.

“Namun, selepas saya kenal dengan abang Hyunmin-A. Segalanya berubah. Saya mula bertambah yakin. Saya panggil Hyunmin-A dengan panggilan hyung (abang) kerana bagi saya, tanpa dorongan dari dia, saya tidak menjadi seperti sekarang ini.

“Hyunmin-A segalanya bagi saya. Dialah abang, pengurus, penasihat untuk saya jadi model dan pengacara. Pengalamannya memang membuatkan saya berubah dan saya selesa dengannya,” ujarnya.

2 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini