Hormati LGBTQ, Hoon Doo Kenal Safawi Rasid & Gelar Wanita Malaysia Beauty With Brain!

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tidak dapat mengelak dari golongan LGBTQ, pasangan ini mempunyai pandangan tersendiri terhadap golongan minoriti ini di Korea serta mendedahkan perkataan Melayu yang sangat unik dan menarik perhatian mereka.

“Setakat ini, kami banyak belajar Bahasa Melayu dari Aina Abdul. Kami rasa perkataan seperti Cinta, Lagu, Apa Khabar, Maaf, Semalam, Sepi, Tiada dan Terima Kasih sangat unik.

“Di kesempatan ini, kami mengambil peluang untuk menelaah apa itu LGBTQ. Cukuplah sekadar kami menghormati pendirian mereka. Kedua-dua pihak tidak mempunyai idea berkecuali bahawa mereka tidak menyokong atau menggambarkan,” kata mereka.

Terkejut apabila ramai wanita di Malaysia mengidamkan lelaki Korea sebagai pasangan hidup, Hoon Doo mempunyai pandangan bernas tentang wanita Malaysia serta mendedahkan sama ada berminat untuk menjadi wanita Melayu kekasih hati.

“Kami suka wanita Malaysia. Terlalu banyak wanita di Malaysia cantik dan jelita serta menawan. Kami merasakan wanita Malaysia cantik dengan akal. Terutama sekali apabila wanita Malaysia yang boleh berbicara dengan pelbagai bahasa. Kami juga suka wanita Korea kerana mereka mempunyai pertalian yang tinggi dan minat terhadap Korea,” jelas Hoon Doo yang senyum menggambarkan wanita Malaysia.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini