Terima Kasih Ayah…Bapa Dakwa Anaknya 100% Mati Dibunuh & Kawan Langsung Tidak Peduli

Ayah kepada mahasiswa bernama Song Jung Min, 22, telah mendakwa bahawa anaknya mati dibunuh. Mayat mendiang yang dilaporkan hilang di Sungai Han, Banpo, Seoul telah ditemui mati.

Bapa yang berusia 50 tahun, Son Hyun berkata kepada pihak media bahawa anaknya sah 100% telah dibunuh. Ditanya adakah dia syak sesiapa, dia membalas berkemungkinan kawan anaknya iaitu Jeong Min ada melakukan kesilapan sendiri, manakala 5% lagi dari pihak tertentu selebihnya Jeong Min 100% ada melibatkan diri di suatu lokasi.


Ditanya sama ada dia mengesyaki rakannya, bapanya menjawab, “Mungkin, dia (Jeong-min) ada salah sendiri, kira-kira 5% jika pihak ketiga lakukan, dan selebihnya (Jeong-min) ada 100% terlibat di suatu tempat.”

Pertama kali, dia mendakwa jika benar dia tidak bersalah, saya pasti tiada akan permohonan maaf dilakukan dari pihak peguam.

“Apa yang saya lakukan ini demi melindungi anak saya atau mungkin jua ada masalah dan kesilapan yang tidak disedari,” ujarnya.

Mesej dari anaknya.


“Apabila saya pergi ke tempat tersebut, sudah terbukti ia boleh mengotorkan pakaian seperti lumpur. Saya sudah menghubungi ayah kepada rakan anak saya itu dan meminta untuk menunjukkan kasut dan baju anaknya. Namun, selepas saya meminta, dia membalas sudah membuang baju berkenaan,” jelasnya.

Menjelaskan perasaan menerusi perbualan tersebut, dia memberitahu waktu itu dia syaki barang bukti telah dilupuskan.

Mesej kasih sayang ayah dan anak.


“Macam mana boleh dia jawab baju itu sudah dibuang sebaik saja saya bertanyakan soalan tersebut kepadanya,” kesal bapa mangsa terhadap sikap ayah kawan anaknya itu.

Sementara itu, Son Jung Min dilaporkan hilang selepas keluar minum dengan kawan tersebut. Dia telah dijumpai mati di taman Hangang Banpo pada 30 April lalu. Pihak penyiasat forensik nasional akan melakukan siasatan untuk kes ini. Keputusan siasatan akan diumumkan dalam masa dua minggu.

Mesej terkahir anak yang mengatakan terima kasih ayah!

Bapa kepada mangsa turut menunjukkan perbualannya bersama anaknya yang mengandungi kata terima kasih dan sayangnya anak kepada seorang ayah.

Kongsikan artikel ini