Kembalinya youtuber mualaf Korea terkenal, Kim Jae Han atau nama Islamnya, Daud Kim ke saluran youtubenya tidak disenangi ramai pihak. Walaubagaimanapun, selepas mendedahkan perkara sebenar yang menghantui dan mengganggu dirinya selama ini, sambutan yang diterima Daud kembali rancak seperti dulu. Apatah lagi selepas Daud Kim tidak lagi berselindung musuh di sebalik selimut.
Sungguhpun ada yang masih meragui dengan Daud Kim selepas kontroversi yang melanda dirinya, sedikit demi sedikit pengikutnya kembali menonton dan memaafkan dirinya. Malah, peminat Islamnya dari seluruh dunia terutama sekali Asia Tenggara tetap setia dengan alasan manusia tidak lari dari melakukan kesilapan. Yang lebih penting, Islam juga tidak mengajar untuk memusuhi sesama Islam.
Dari sokongan yang diberikan pengikut Daud Kim, kejutan tercetus apabila Daud Kim memberitahu bahawa dia masih lagi diboikot dan tidak disenangi masyarakat mualaf Korea yang sememangnya hanya minoriti saja di Korea. Lebih teruk lagi, apabila satu lagi saluran youtube yang menggunakan nama Maher Kim’s Family menyerang Daud Kim secara terbuka.
Dalam serangan itu, perbandingan telah dicetuskan yang membezakan daud Kim dan Maher Kim yang kedua-duanya adalah mualaf Korea. Malah, mereka juga dikatakan sama apabila kedua-duanya mengahwini wanita bangsa asing. Dakwaan telah dibuat Maher Kim disaluran youtubenya dengan mengatakan Daud Kim tidak wajar dimaafkan.
Malah, kenyataan telah disiarkan dengan mengatakan Daud Kim langsung tidak pernah mengajak orang Korea memasuki Islam menerusi video di saluran youtubenya. Manakala, Maher Kim dikatakan lebih telus dengan memberi hujahan tentang Islam kepada pengemarnya yang majoritinya adalah orang Korea.
Pergaduhan dan permusuhan ini mendorong banyak pihak terutama sekali kedua-dua pengikut mereka risau dan bertelingkah. Masing-masing dilihat mahu menegakkan benang yang basah tanpa mengakui kesilapan. Sesungguhnya majoriti pengikut merasakan kedua-dua mereka masih lagi cetek dalam mengenal Islam kerana manusia yang lahir Islam sendiri ada yang bertelingkah sebegini.
Perkara sebegini harus dihentikan segera kerana ia bukan saja mencerminkan nilai buruk terhadap masyarakat Islam Korea, sebaliknya menjatuhkan lagi air muka umat Islam sedunia. Baik Daud mahupun Maher, kedua-duanya seakan-akan berlumba menujukkan kebenaran yang mana kebenaran menunjukkan bahawa kedua-duanya mempunyai pandangan berbeza sehingga menjatuhkan mereka ke golongan orang yang bersalah.
Nilailah sendiri siapakah sebenarnya duri dalam daging? Adakah mereka atau pengikut saluran kedua-dua mualaf Korea ini? Semakin mahu menegakkan keadilan, semakin banyak musuh dan halangan melanda diri. Jauhilah bermusuh sesama agama kerana ianya ibarat pergaduhan sesama keluarga yang penghujungnya boleh membawa malapetaka.