Gila Beli Bangunan Starbucks, Rupanya 4 Starbucks Ini Dimiliki Aktor Ha Jung Woo!

Aktor Ha Jung Woo mulakan karier sebagai pelakon apabila muncul di kaca TV pada 2002 dengan sitkom Live Right. Kemudian dia mula menyinar dalam filem Madeleine. Dia merupakan anak kepada Kim Yong Gun dan hero cerita Chungmuro. Sejak dari itu, Ha Jung Woo mula menjadi kegilaan ramai dengan drama seperti Hit dan menjadi makin menyerlah dalam filem The Chaser, The Unforgiven, Bisty Boys dan War On Crime.

Untuk mengelakkan dari dikatakan menumpang ayahnya iaitu Kim Yong Yung, Ha Jung Woo berusaha keras mencipta nama dari nama sebenarnya iaitu Kim Sung Hoon kepada Ha Jung Woo. Sejak dari itu, dengan wang hasil titik peluhnya, dia mula membeli bangunan. Malah, Starbuck adalah bangunan yang diburu aktor ini untuk dimilikinya.

Bukan saja berbakat besar tapi bijak


Pertama sekali, dia telah membeli bangunan Starbucks di Hwagok Dong, GangSeo-Gu, Seoul dengan harga 7.3 Billion Won pada Julai 2018. Bangunan tersebut ada bawah tanah dan tiga tingkat. Bangunan ini seratus-peratus dikendalikan Starbucks. Bangunan itu siap pada September 2016 dengan keluasan 245.63 kaki (812㎡) dengan keselurahan kawasan 139.54 kaki (461㎡).

Bangunan itu berada berdekatan Stesen Mokdong. Apabila dia membeli bangunan ini. Dia telah menyewakan bangunan itu selama 15 tahun sehingga 2031 dengan hasil bulanan sebanyak 24 Juta won sebulan.


Dia menjadi pemilik bangunan itu selama tiga tahun dan telah menjualnya dengan harga 11.9 Billion won dengan meraih keuntungan sebanyak 4.5 Billion. Aktor ini juga telah meraih 1.5 Billion Won setahun dengan keuntungan 4.5 Billion untuk tiga tahun.


Aktor berbakat besar ini juga memiliki bangunan Starbucks yang terletak di Songpa-gu. Dia telah membeli bangunan ini pada Januari 2019 dengan harga 12.7 Billion Won. Dia meminjam duit bank sebanyak 9.9 Bilion untuk membeli bangunan ini.


Dalam pada itu, Starbucks yang terletak di Bangi-dong dikatakan akan naik nilainya kerana pembangunan kawasan berkenaan. Oleh itu, aktor ini telah menaikan nilai bangunan itu dengan melakukan strategi membelinya.  

Ha Jung Woo juga membeli bangunan Starbuck di Kumho-dong, Sokcho, Gangwon-dong pada Oktober 2018 dengan harga 2.45 Billion won. Bangunan ini menjadi tempat tarikan pelancong.

Kongsikan artikel ini