Shila Amzah Tinggal Twitter Tular, Ini Amaran 6 Kes Netizen Disaman Sebab Buli Siber Artis Korea

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kumpulan BTS

1. Netizen mengaku di saman pengurusan BTS dan Seventeen

Pada 14 Julai 2017, netizen telah membuat pengakuan bahawa pengurusan BTS iaitu Big Hits Entertainment telah menghantar surat saman kepadanya.

 

“Saya telah menerima saman kerana menulis beberapa perkataan kesat berkaitan isu kontroversi melibatkan BTS. Ini semua disebabkan beberapa peminat BTS iaitu ARMY telah membuat laporan tentang komen saya. Komen tersebut telah dibuat sebulan lalu dan ia telah membuatkan saya gila. Saya betul-betul akan bunuh diri,”

 

Dari pengakuan tersebut, ada netizen memberi maklum balas terhadap individu yang disaman.

 

“Nampaknya pihak agensi telah meneliti komen anda selama ini dan akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengambi tindakan undang-undang. Sudah pasti mereka tidak akan melepaskan anda dengan mudah. Diharap mereka boleh memaafkan anda atau pun anda perlu membayar saman yang banyak”

 

Kumpulan Seventeen.

Dalam masa yang sama, peminat yang telah disaman oleh pihak pengurusan Seventeen merasakan perlu berkumpul dengan netizen yang di saman BTS. Dari kes ini, pihak pengurusan telah membuat kenyataan berikut.

“Hal ini telah merebak dan menjadi teruk. Jika dilihat dari segi undang-undang, syarikat bertanggungjawab untuk melindungi hak para artis. Setelah mengkaji ulasan negatif tersebut, kami memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang. Kami tidak akan bertolak ansur dengan komen yang telah dibuat terhadap artis kami. Kami akan mengambil tindakan yang setimpal dan sewajarnya. Terima kasih.”

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini