Memang tidak dapat dinafikan, kulit wajah lelaki di Korea Selatan jauh lebih cerah dan licin berbanding wanita. Malah, masyarakat antarabangsa dapat melihatnya dengan penampilan bintang K-POP seperti EXO, BTS, ASTRO, JJCC, SEVENTEEN, UP10TION yang mengenakan solekan dan memiliki wajah yang sangat jambu.
Bersandarkan imej tersebut, banyak persepsi negatif timbul terhadap lelaki-lelaki di Korea Selatan yang melibatkan kelakian mereka.
Adakah wajah lelaki Korea semuanya jambu-jambu belaka?
IG: @Kenkimfle Foto:www.seangraphy.com
Jom ikuti komen Juri NABBA & WFF KOREA, Kim Young June,36, atau lebih mesra di sapa panggilan Ken Kim terhadap persepsi ini.
“Isu ini sebenarnya menjadi semakin besar dibahaskan kalangan lelaki di Korea. Terus-terang, pada masa kini, sudah menjadi trend untuk lelaki muda di Korea lebih mementingkan rupa dan bentuk badan lebih dari segala-galanya.
“Secara peribadi, wajah dan penampilan bintang K-POP langsung tidak menampakkan identiti atau simbolik untuk lelaki-lelaki di Korea. Lelaki di Korea lebih setuju dan menganggap pelakon lebih menunjukkan imej sebenar lelaki-lelaki di Korea.
“Selain pelakon, model fitness juga membantu untuk menjelaskan tahap maskulin kami lelaki-lelaki Korea. Ikon yang tersenarai ini dibuat bersandarkan sifat displin dan susuk tubuh yang fit. Peribadi yang sopan santun dan imej baik juga menjadi peranan mereka paling layak untuk mewakili kami kaum lelaki di Korea Selatan.”
Jom ikuti 6 artis yang menjadi imej dan simbolik sebenar untuk kaum adam di Korea Selatan. Adakah artis kesukaan anda tercalon?