Banyak filem dan drama di Korea Selatan telah mewujudkan watak Perisik Korea Utara sebagai plot dan jalan cerita utama bagi menarik perhatian penonton.
Foto Naver
Watak perisik Korea Utara ini lebih banyak disaksikan dalam filem berbanding drama. Apa yang pasti, dari senarai filem dan drama popular tersebut, pelakon kacak dan bertubuh sasa iaitu So Ji Sub telah memainkan peranan tersebut selama dua tahun berturut-turut menerusi filem Always (2011) dan A Company Man (2012).
Bagaimanapun, pelakon veteran Han Suk Kyu menjadi figura yang terawal di Korea Selatan berjaya melakonkan watak sebagai perisik dari Korea Utara.
So Ji Sub, Han Ye Seul & Han Suk Kyu. Foto: Naver
Lebih istimewa lagi, Han Ye Seul antara pelakon wanita cantik di Korea Selatan yang berjaya menambat hati peminat menerusi wataknya sebagai perisik Korea Utara menerusi drama Spy Myung Wol (2011) bersama tunjang utama Eric Shinwa.
Menariknya, Kota Singa menjadi salah satu lokasi utama penggambaran drama ini. Malah, Ye Seul dikatakan begitu sinonim dengan wanita Korea Utara kerana warna kulitnya yang gebu dan putih melepak.
EH!KOREA BUZZ kongsikan anda senarai pelakon yang berjaya membawakan watak tersebut. Jom pilih dan undi, siapakan pelakon yang anda rasa benar-benar berjaya melakonkan watak tersebut?