Sensasi: Korea Tawar Wang Imbuhan Supaya Wanita Lahir Ramai Anak

Korea Selatan Kini begitu berbangga dan megah dengan pembangungan ekonomi dan budaya yang menarik sehingga tersenarai sebagai antara negara Asia yang paling maju di dunia.

 

 

Keluarga Selebriti Popular Korea . Foto: Naver

 

Namun, disebalik kemegahan tersebut, negara yang popular dengan program Running Man dan muzik K-POP ini menghadapi masalah populasi. Korea Selatan menyatakan bahawa kejayaan yang mereka perolehi tatkala ini atas sebab rakyat namun jika masalah populasi tidak dapat diatasi, berkemungkinan besar kejayaan ini agak sukar dikekalkan.

 

 

Kebanyakkan rakyat Korea Selatan tidak mahu berumah tangga dan mempunyai anak yang ramai disebabkan faktor perubatan dan pendidikan yang terlalu mahal. Malah, menurut kajian rasmi, kebanyakkan pasangan yang berkahwin hanya mempunyai seorang atau dua orang anak saja. Ada juga sebilangan besar pasangan yang berkahwin tidak mahu mempunyai anak langsung. Bahkan ramai anak muda lebih gemar tinggal seorang diri bersama haiwan peliharaan seperti anjing yang dijaga dan dibelai seperti anak dan teman sehidup semati.

 

 

Atas dasar itu, Korea Selatan telah menjalankan kempen menarik baru-baru ini untuk menggalakkan lebih ramai rakyat mereka mempunyai anak yang ramai. Dalam kempen ini, mereka menggalakkan rakyat Korea Selatan lebih kerap melakukan seks dan berkahwin. Menariknya, Korea Selatan telah mengumumkan secara rasmi bahawa bagi wanita yang mempunyai anak lebih daripada dua, mereka akan menerima wang imbuhan dari pihak kerajaan. Bagaimanapun, jumlah sebenar tidaklah diumumkan secara terperinci. Pun begitu, jumlah itu tertakluk kepada latar belakang keluarga dan syarat yang telah ditetapkan.

 

Foto Naver

 

Selain wang imbuhan, Korea Selatan juga telah mewajibkan bahawa hari Rabu ketiga pada setiap bulan merupakan Hari Keluarga. Lebih istimewa, pada hari berkenaan, waktu operasi pejabat mestilah tamat tepat jam 7 malam. Sementara itu pula, Korea Selatan juga telah memilih 2017 sebagai kempen INSA yang bermaksud “Salam Kenal”. Menerusi kempen ini juga, Korea Selatan mahu rakyat mereka lebih mesra dan bertegur sapa.

 

 

Menerusi kempen yang menggalakkan rakyat lebih banyak buat seks, ada segelintir pihak beranggapan kempen ini perlu dinilai semula kerana masalah bayi yang tidak mahu dijaga oleh ibu bapa dan dihantar ke rumah kebajikan semakin menular di Korea Selatan. Malah, rumah-rumah kebajikan yang menjaga bayi-bayi ini menghadapi masalah kekurangan bekalan. Lebih teruk lagi, kebanyakkan rumah-rumah ini terpaksa menyimpan bayi lelaki dengan lebih lama kerana orang Korea lebih gemar mengambil anak perempuan sebagai anak angkat.

 

 

Selain Korea Selatan, negara yang turut menghadapi masalah populasi rakyat ialah Singapura, India, Itali, Hong Kong, Spain, Romania, Japan, Rusia dan Jerman.

Kongsikan artikel ini