Peluang Bermesra Bersama Bintang K-POP Di FB LIVE

Bermula 21 hingga 25 April 2017, Kuala Lumpur bakal diserang bintang ternama dari Korea Selatan dengan pelbagai anjuran konsert yang melibatkan bintang Running Man, Block B, Red Velvet, Bohyung dan ramai lagi.

 

Istimewa buat pembaca EH! Korea Buzz, kami bawakan secara eksklusif untuk sesi Facebook bersama bintang K-POP, Bohyung yang merupakan ahli kumpulan SPICA.

 

Selain bergerak secara solo, Bohyung turut popular menerusi aktiviti solo sebagai penyanyi soundtrack drama popular Korea. Malah, Bohyung meniti populariti selepas muncul sebagai salah seorang peserta program nyanyian popular di Korea Selatan iaitu King Of Mask Singer.

 

Untuk mengenali lebih dekat Bohyung, anda boleh kunci tarikh dan masa anda iaitu pada 25 April, bermula jam 5 petang hingga 6 petang untuk bersama wanita cantik ini.

 

Bagi sesi ini, Hyunmin-A akan turut bersama Bohyung yang mana mereka berdua juga turut sama menyertai beberapa aktiviti bersama bermula 22 April sehinggalah 25 April ini.

 

Ingat temujanji anda di Facebook kami iaitu EHMalaysia dan anda boleh bertanya dan membuat permintaan kepadanya nanti. Siapa tahu, Bohyung bakal jatuh cinta dengan anda.

 

Ini adalah lagu terbaru dari Bohyung yang baru saja di lancarkan 3 hari lalu di Korea Selatan.

 

Kongsikan artikel ini