Ini Dia Petua Bergambar Persis Artis Terkenal Korea

Selain dari fesyen Korea, ramai peminat Korea di seluruh dunia gemar mengikut gaya  seperti artis Korea setiap kali bergambar. Namun, adakah anda tahu rahsia dan petua untuk menghasilkan gambar persis artis terkenal Korea.

 

 

Istimewa buat pembaca EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A kami bawakan anda juru foto terkenal di Korea iaitu Sean Kim yang sudi berkongsi tips dan petua menghasilkan gambar menarik sama seperti orang Korea.

 

Jom ikuti temubual istimewa juru foto kacak Sean Kim atau nama penuhnya Kim Ki Sung yang berumur 28 tahun ini.

 

 

 

1. Apakah yang membuat Juru Foto di Korea lebih menarik karyanya dan pakar berbanding juru foto antarabangsa?

 

SEAN: Agak sukar untuk menilai kepakaran juru foto Korea dan antarabangsa. Lebih-lebih lagi dalam bidang sejarah. Apa yang pasti gaya dan corak hasil kerja amat berbeza dan anda boleh menilainya sendiri dari hasil kerja juru foto Korea dengan melihat hasil kerja kami di sini.

 

 

2. Bolehkah anda kongsi petua bagaimana untuk menjadi juru kamera baik seperti juru kamera di Korea Selatan?

 

SEAN: Pertama sekali, bukalah mata anda seluas-luasnya dan lihat lebih mendalam maksud keindahan. Gaulkan diri anda dengan pelbagai jenis keindahan yang ada di sekeliling anda. Selalu berfikir tentang kecantikan dan ketampanan. Kemudian cari jalan untuk anda lebih yakin dan ambil berat terhadap diri anda terlebih dahulu. Akhir sekali, kaji kecantikan yang ada pada subjek atau model yang ingin diambil gambarnya.

 

3. Sila senaraikan corak kerja juru foto orang Korea?

 
SEAN: Pada kebiasaan, juru foto di Korea memiliki perniagaan sewa studio atau pun mempunyai studio peribadi khusus untuk menghasilkan karya mereka. Saya pula dalam kategori juru foto peribadi. Saya mempunyai kebebasan mengikut berkarya mengikut faktor atmosfera. Ia lebih baik kerana kurang tekanan untuk berkarya dan tiada had untuk menghasilkan gambar yang menarik.

 

 

4. Kebanyakkan juru foto mempunyai hala tuju dan stail berbeza dalam setiap sesi fotografi. Bagaimana dengan anda dan juru foto di Korea, adakah sama atau lebih fokus mengambil gambar saja?

 

 

SEAN: Dalam memenuhi satu sesi fotografi, kami memerlukan stail untuk mendapatkan hasil yang berbeza. Sebab itulah, kebanyakkan jurufoto memerlukan studio peribadi agar stail yang dihasilkan tidak sama seperti jurufoto yang lain. Bagaimanapun, terlalu banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk membuat apa yang dimahukan.

 

 

 

 

5. Kamu dikenali sebagai juru foto yang berkarya dalam bidang fitness atau sukan. Bolehkah anda kongsi kenapa anda lebih cenderung mengambil dalam pengkhusuan fitness dan bentuk badan? Adakah sukar untuk menjadi juru foto dalam pengkhususan fesyen di Korea ?

 

SEAN: Saya amat menyukai sukan. Malah, saya tahu menilai kecantikan yang ada pada badan seseorang. Walaupun banyak pilihan dalam cabang fotografi, namun agak jarang sekali bertemu juru foto yang mendalami bidang yang saya ambil ini. Lebih-lebih lagi yang menonjolkan kecantikan sebenar bentuk tubuh badan manusia. Oleh sebab itu, saya memperbaiki kemahiran yang saya sukai ini untuk karier saya.

 

 

6. Pendatang baru dalam bidang fitness sering pandang negatif terhadap juru foto yang mengambil pengkhususan seperti anda, bolehkah anda kongsi cabaran berkenaan dan tanggapan mereka terhadap anda sendiri?

 

 

SEAN: Setakat ini, saya tidak mempunyai sebarang masalah seperti itu. Seperti yang saya katakan tadi, agak sukar untuk mencari juru foto profesional yang menilai dari segi kecantikan badan. Saya sudah banyak berjumpa dengan model dan melihat sendiri kesanggupan dan kepayahan mereka untuk memiliki badan idaman. Oleh sebab itulah, saya akan pamerkannya dalam hasil kerja saya.

 
7. Siapakah yang anda rasa model dan selebriti di Korea yang menjadi kegilaan juru foto untuk merakam gambar mereka.

 

Sudah tentulah model seperti Lee Dae Woo, Soo Jae Hoon dan Kim Sae Rom.

 

 

8. Berapakah jumlah bayaran tertingggi dan terendah bagi satu sesi fotografi di Korea?

 

 

SEAN: Semuanya tertakluk kepada kemahiran dan populariti juru foto tersebut. Setiap orang mempunyai rate yang berbeza. Sama juga seperti memasak, nak hasilkan benda yang sedap di makan, pastinya kita memerlukan bahan yang berkualiti.

 

9. Benarkah juru foto di Korea tidak gemar menggunakan aplikasi edit untuk menghasilkan gambar yang cantik? Bagaimana dengan anda sendiri, gemar editing atau natural foto saja?

 

 

SEAN: Dalam hal ini, paling utama adalah jenis gambar yang diperolehi. Terus terang, gambar yang tanpa edit lebih menggambarkan cerita berbanding yang sudah diedit. Kita perlu tahu menilainya sendiri. Kalau terlebih edit pula, sia-sia saja kemahiran fotografi, model dan jurusolek yang ada dan ia mungkin tidak diperlukan lagi. Oleh itu, kita perlu tahu seimbangkannya.

 

Kepada abang-abang sado dan mereka yang berminat untuk mendapatkan sentuhan dari Sean, ada boleh hubungi beliau di www.seangraphy.com atau pun layari instagram peribadi @Seangraphy.

 

 


INFO SEAN

Nama: KIM KISUNG
Nama panggilan: SEAN
Tarikh lahir: 1989

Tinggi: 178cm
Berat: 68kg
Asal: Pohang, Korea
University: Korea National University of Arts

Kongsikan artikel ini