Use your ← → (arrow) keys to browse
Mulakan dari dalam. Itulah petua terbaik untuk anda yang suka berfesyen dan menambah keyakinan. Jenama pakaian dalam lelaki terkenal di Korea, Onore yang telah beroperasi lebih 6 tahun mendedahkan beberapa rahsia tentang lelaki di Korea menerusi rekaan seluar dalam. Malah, Onore yang mengambil masa lebih kurang setahun lebih untuk mengeluarkan sesuatu rekaan menjelaskan bahawa mereka telah menggunakan khidmat pereka fesyen dari Itali.
Rekaan dari ONORE- Foto ONORE
Menjelaskan sebab ramai lelaki Korea memilih jenama Onore, rekaan yang dihasilkan jenama ini kebiasaannya menampakkan susuk tubuh si pemakai untuk kelihatan lebih langsing dan mempunyai kaki yang panjang. Pengkhususan rekaan telah ditekankan untuk menampakkan lelaki di Korea dan juga di Asia lebih menarik di bahagian kaki.
Rekaan dari ONORE- Foto ONORE
Rekaan Onore bukan untuk menampakkan rekaan tersebut cantik sebaliknya ia lebih kepada menampakkan si pemakai nampak lebih menawan dan sasa. Kesemua rekaan jenama ini mampu membuatkan lelaki berasa sangat selesa dengan menggunakan 100% fabrik cotton.
Rekaan dari ONORE- Foto ONORE
Istimewa buat pembaca EH! KOREA BUZZ, Onore sempat berkongsi petua untuk wanita kenal lebih dekat lelaki Korea yang sering menjadi perhatian wanita di mata dunia. Di samping itu, jika anda mahu merasai dan memilki rasa seperti lelaki Korea, anda boleh dapatkan produk berkenaan di sini dengan promosi hebat.