Gaya memakai Beanie sememangnya amat sinonim dengan orang Korea. Begitu juga, dengan negara empat musim yang lain. Jika anda mengikuti arena fesyen di Korea, sudah pasti anda melihat banyak selebriti di Korea menggunakan Beanie tidak kiralah sama ada musim sejuk atau pun tidak.
Foto oleh DADA STUDIO Korea.
Apa yang pasti, Beanie bukan saja menjadi pakaian yang memanaskan kepala sebaliknya ia menjadi penyelamat bagi mereka yang tidak sempat mendandan rambut. Sebab itulah, Beanie dijadikan aksesori atau pelengkap kepada fesyen di Korea.
Dua jenis rekaan Beanie Telinga yang menjadi pilihan.
Oleh kerana itu, tidak hairanlah ramai orang Korea gemar memakai Beanie setiap masa. Tidak kiralah sama ada untuk berfesyen atau sebaliknya. Apa yang pasti, tahun 2018 menyaksikan Beanie menjadi satu trend fesyen terbaru bagi lelaki dan wanita kerana tercetus Beanie Telinga yang dicipta khas untuk musim sejuk.
Beanie Telinga yang dicipta dalam pelbagai warna.
Difahamkan, sebuah jenama fesyen terkenal di Korea telah pun mengeluarkan Beanie Telinga ini dan mendapat sambutan baik bagi anak muda. Terutama sekali gadis dan jejaka Korea yang gemar berfesyen.
Si pemakai kelihatan lebih comel dengan mengenakan Beanie Telinga.
Walaupun pada mulanya ia nampak pelik, namun pemakaian Beanie ini mampu diterima kerana ia bukan saja nampak lebih bergaya. Malah, membantu mereka menghadapi musim sejuk yang teramat di Korea. Pendekatan ini juga dibuat kerana segelintir netizen di Korea menganggap amat sukar untuk memakai pemanas telinga (earmuffs ) yang adakala menyakitkan dan membuatkan si pemakai tidak mendengar bunyi serta sukar untuk berkomunikasi.
Mengejutkan tetapi mendapat sambutan baik dengan harga yang murah.
Menurut laporan, suhu sejuk di Korea tatkala ini sangat melampau sehingga mencecah -19 darjah Celcius. Selain menghangatkan telinga yang merah disebabkan sejuk, Beanie ini juga dilihat sebagai aksoseri terbaru yang boleh menggantikan anting-anting. Mungkin jua Beanie ini juga boleh digunakan bagi mereka yang mengalami demam di negara yang lain. Apapun, Beanie ini dicipta dengan dua jenis rekaaan dan pelbagai warna. Beanie ini telah dijual dengan harga 400 won saja .