Awas! Ramen Korea Tiruan & Snack Korea Ini Sebenarnya Tidak Halal !

Selain produk kosmetik Korea yang mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia, produk Korea berunsurkan makanan juga menerima permintaan menggalakkan. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pasaraya besar di Malaysia menjual produk makanan dari negara K-POP.

 

Selepas tular, Ramen Samyang tampil dengan pelbagai jenis dan halal.

 

Bagaimanapun, ramai tidak tahu, terdapat beberapa produk tersebut sebenarnya tidak halal dan langsung tidak mendapat sijil Halal dari Persatuan Islam Korea atau pun Malaysia. Produk yang dimaksudkan adalah Honey Buttter Almond dan Wasabi Almond. Pengesahan ini telah dibuat oleh Persatuan Halal Korea dengan mengesahkan bahawa makanan ini mempunyai ekstrak daging dan ayam yang tidak halal.

 

Produk ini tidak boleh dimakan oleh orang Islam.

 

Persatuan tersebut turut memaklumkan bahawa makanan ini yang dijual serata Malaysia telah dibuat dalam kilang yang sama mengeluarkan barangan berunsurkan daging khinzir. Selain makanan ini, Persatuan Halal Korea menasihatkan agar pembeli dan penggemar Ramen Samyang yang tular sebelum ini supaya berhati-hati dengan ramen Samyang tiruan dari China.

 

Jenis makanan yang sama dan dikeluarkan dari kilang yang sama di Korea.

Difahamkan, pihak yang tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan disebalik populariti ramen berkenaan dengan menciplak dan menjualnya di seluruh Malaysia.

 

Bungkusan Ramen Tiruan dari China.

Oleh itu, pengemar makanan ini diharap dapat mengenal pasti yang mana satu ori atau cetak rompak. Di samping itu, EH! KOREA BUZZ memohon jasa baik pembaca agar sentiasa peka dengan produk yang ori dari Korea dan akan menyenaraikan produk yang mendapat sijil Halal dalam entri selanjutnya.

 

Kongsikan artikel ini