Malaysia International Fashion Showcase 2018 (MIFS2018) yang akan dianjurkan pada 23 November 2018 di Hotel Traders, Kuala Lumpur mendapat penyertaan luar biasa apabila ramai model tempatan dan antarabangsa menjadi peserta untuk merebut gelaran Mr dan Miss Tourism Langkawi 2018.
Pertandingan yang mahu memartabatkan fesyen batik ke peringkat antarabangsa.
Lebih menarik lagi, pertandingan yang dianjurkan bagi mencari model, pereka fesyen dan juru solek terbaik ini menerima penyertaan dari Korea, Jepun, Ukraine, Sri Lanka dan Sudan bagi kategori model. Manakala bagi kategori juru solek atau Make Up Artiste (MUA) dan designer, lebih 20 kumpulan beradu nasib untuk mengetengahkan karya yang berkonsep Resort Wear dan bertemakan batik Malaysia.
Peserta dari Korea dan Jepun. yang aktif sebagai model peragaan
EH! KOREA BUZZ dimaklumkan peserta tunggal dari Korea Selatan iaitu Kim Min Kyu yang aktif sebagai model profesional di Korea berganding bahu dalam satu pasukan dengan pemenang Most Outstanding Designer Award 2017 di Kota London iaitu Abdul Rahman Safe’ei menerusi jenama RS CODED. Malah kumpulan ini turut menerima sokongan dari produk kosmetik dari Korea bagi kategori MUA.
Adakah fenomena Korea dapat membantu Min Kyu dalam pertandingan ini?
Selain RS CODED, kategori designer turut disertai ramai designer popular tempatan, designer baru dan pelajar fesyen IPT. Begitu juga kategori MUA. Selain gelaran utama untuk kategori Model, 49 model turut mengejar gelaran Mr & Miss Popular, Mr Best Physis, Miss Body Beautiful, Mr & Miss Photogenic dan Best In Catwalk Male & Female.
Peserta dari Ukraine turut bergelar pelakon.
Bagi gelaran Mr & Miss Popular, undian sudah pun mula dijalankan di laman facebook rasmi MIFS2018 bermula 12 November dan berakhir pada 12 tengah malam 22 November 2018. Undian hanya perlu dibuat dengan like gambar peserta di laman facebook MIFS2018 dan Instagram Pocket TV.
Setiap pemenang bagi kategori yang dipertandingkan bakal menerima pelbagai hadiah menarik termasuklah wang tunai, pakej melancong, kontrak dan pelbagai hadiah dari penaja. MIFS 2018 bakal diserikan lagi dengan persembahan artis tempatan dan anda bolehlah hadir ke majlis berkenaan dengan mendapatkan tiket berharga RM35 beserta makan dan minum. MIFS2018 telah dianjurkan dengan kerjasama TcL Heritage Art Gallery, Pelancongan Langkawi, Langkawi Royal yacht Club, Langkawi Kraftangan, Poket TV dan Digital Vision Advertising. Ia turut mendapat sokongan dari Persatuan Meluncur Ais Selangor.