Use your ← → (arrow) keys to browse
Bilangan pelancong dari Malaysia yang berkunjung ke Korea Selatan semakin meningkat. Hampir setiap hari ada saja pelancong Malaysia dan dari Asia Tenggara menjejakkan kaki ke Bandar Seoul.Kebanyakkan mereka bukanlah terdiri daripada pelancong pertama kali sebaliknya ada yang berulang kali datang ke negara K-POP.
Kanak-kenak menikmati keseronokan bermain salji.
Inilah yang dikatakan penangan muzik K-POP dan drama Korea yang sememangnya berjaya menggoda pelancong untuk bercuti di Korea Selatan. Selain menjadi pilihan sebagai destinasi pelancongan, ramai juga pelancong Malaysia memilih untuk ke Korea pada musim sejuk atau musim salji.
Lokasi terindah di Korea sewaktu musim sejuk.
Boleh dikatakan musim salji juga merupakan musim yang paling banyak Korea menerima kunjungan dari pelancong Malaysia dan Asia Tenggara. Oleh kerana itu, dikesempatan ini, pasukan EH! KOREA BUZZ BY HYUNMIN-A berkongsi 10 destinasi hebat di Korea yang sememangnya cukup seronok dikunjngi sewaktu musim salji.
Ibarat kayangan salju.
Apa yang pasti, lokasi ini turut menjadi pilihan utama orang Korea sendiri untuk bercuti pada musim sejuk. Lihat disebelah untuk mengetahuinya. Memang teruja dan indah.
Jadi pilihan pasangan Korea untuk berbulan madu sewaktu musim salji.