Use your ← → (arrow) keys to browse
Provokasi mengenai orang Korea bersikap racist atau perkauman semakin kencang dimainkan dan menjadi isu hangat dikalangan peminat K-POP dan hallyu kategori antarabangsa. Isu ini bertiup deras apabila ahli kumpulan Black Pink iaitu Lisa yang berasal dari Thailand dikatakan menghadapi situasi ini.
Wanita barat mengahwini lelaki Korea.
Dari sudut lain pula, ada yang berpendapat ia tidaklah seperti yang disangka. Malah, ianya turut disangkal dengan dibuktikan lagi semakin ramai orang Korea membuat keputusan untuk berkahwin dengan bangsa lain. Bagaimanapun, isu kahwin campur ini lebih mendorong wanita Korea berbanding lelaki Korea. Tunjang utama wanita lebih gemar mengahwini lelaki antarabangsa adalah berkait rapat dengan keluarga. Sebelum mengambil keputusan untuk berumahtangga, golongan lelaki di Korea perlu mengambil berat mengenai restu dan keputusan keluarga dan kaum adam perlu mewarisi wasiat keluarga yang sering diberikan kepada kaum lelaki berbanding wanita.
Peratusan orang Korea mengahwini bangsa asing menunjukkan statistik perubahan setiap tahun.
Dalam pada itu, memandangkan kahwin campur banyak melahirkan zuriat yang secara fizikalnya lebih cantik dan kacak, ramai juga wanita di Korea menjadikan penyebab untuk berkahwin dengan lelaki berlainan kaum. Istimewa untuk anda, EH! KOREA BUZZ kongsikan 11 Selebriti Korea yang berkahwin campur dan mempunyai zuriat yang comel. Malah, pasangan ini menjadi ikon dan contoh bagi pasangan yang ingin berumahtangga di Korea. Adakah artis kegemaran anda tersenarai? Sila lihat di sebelah…