Wajah Jambu & Dituduh Homo, Ketahui 12 Cara Lelaki Korea Untuk Kelihatan Macho

Prev1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Tidak dapat dinafikan ramai wanita di Asia mengindamkan teman lelaki berbangsa Korea dek kerana penangan drama Korea dan muzik K-POP yang menampilkan jejaka kacak Korea. Dalam pada itu, lelaki Korea juga tidak boleh lari dari tuduhan bernafsu songsang hanya semata-mata wajah mereka jambu dan comel serta cantik seperti wanita.

 

 

Apatah lagi dengan imej lelaki berfesyen yang ditonjolkan banyak bintang K-POP lelaki yang ada kalanya berdandan seperti wanita dengan mengenakan make-up yang tebal serta pakaian rona warna yang kebiasaan digunakan perempuan. Walaupun saham lelaki Korea di seluruh asia dilihatkan membanggakan kerana ramai wanita anggap semua lelaki Korea kacak belaka, tetapi ada juga lelaki Korea berasa tertekan apabila mereka sering dituduh homo. Tekanan ini lebih ditujukan kepada lelaki berwajah jambu, comel dan juga tidak mempunyai teman wanita kerana sibuk dengan kerjaya.

 

Penampilan V baru-baru ini mengundang kontroversi.

 

Bagi menghadapi situasi ini, lelaki Korea mempunyai cara tersendiri untuk kelihatan lebih Macho dan jantan. Malah, cara-cara ini kerap digunakan dan kebanyakkan berhasil. Malah, ada diantara lelaki Korea kelihatan lebih kacak dan seksi. Ikuti 12 cara lelaki Korea untuk kelihatan Macho di sebelah. Mungkin cara ini boleh juga diikuti lelaki bangsa lain yang menghadapi situasi yang sama dengan lelaki Korea.

 

Lelaki Korea berani tayang badan hanya kerana mahu nampak macho.

Prev1 of 13
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini