Kini Tular, Penyanyi Korea Jay Kim Nafi Tuduhan Merogol Dalam Mabuk

Pernah menyatakan hasrat untuk menjadi seorang muslim dan menuntut ilmu Agama Islam di Malaysia, penyanyi dan youtuber terkenal Korea iaitu Jay Kim sedang mengalami musibah apabila dia dituduh merogol seorang wanita dalam keadaan mabuk.

 

Jay Kim.

 

Dakwaan yang tular itu telah dibuat oleh seorang wanita yang mengakui bahawa dirinya adalah kawan kepada mangsa rogol. Menurut dakwaan yang ditulis di laman twitternya, wanita tersebut menyatakan bahawa Jay Kim atau nama sebenarnya Kim Jae Han cuba memperkosa rakannya di kediamaan mereka selepas mereka berdua membantu figura ini yang dalam keadaan mabuk.

 

 

Malah, wanita itu turut memberitahu bahawa dia telah memberikan Jay Kim air dan makanan supaya hilang mabuk. Lantas, dia menyeru agar semua orang tidak lagi menyokong karier Jay Kim sebagai youtuber dan menganggap lelaki ini sebagai lelaki yang menjijikan dengan menyebarkan status twitternya itu.

 

 

 

Untuk mengenal pasti atas kes yang tular ini, EH! KOREA BUZZ telah mendapatkan pengakuan dari Jay Kim yang telah pun memuat naik status memohon maaf di laman instagramnya pada 9 Julai lalu. Bagaimanapun status itu tidak diketahui sama ada berkaitan kes rogol ini atau pun tidak.

 

 

 

Status terkini Jay Kim di Instagram.

 

 

Ia berikutan Jay Kim pernah naik berang apabila videonya berkaitan wanita Islam telah mendapat kritikan hebat dari netizen. Menjawab pertanyaan mengenai kes yang tular ini, Jay dengan tenang menjawab…

 

 

 

“Saya dalam keadaan ok. Jangan risau. Apa yang berlaku ketika ini adalah hanya salah faham dan lebih kepada masalah peribadi. Bagaimanapun, saya menafikan tuduhan tersebut dan sudah tentu saya tidak melakukan perbuatan tersebut,” katanya.

 

Meneruskan penjelasan, Jay Kim memberitahu…

 

 

“Masalah ini sudah hampir selesai. Saya pun sudah melantik peguam untuk menyelesaikan masalah ini dengan cara baik. Apapun, terima kasih kerana mengambil berat. Doakan ianya akan selesai dalam masa terdekat ini,” jawabnya.

 

Dalam pada itu, Jay Kim yang sebelum ini mengeluarkan single raya berjudul Insa Raya pernah memaklumkan dia masih lagi belum sah menjadi seorang muslim. Namun, dia sedang mempelajari Islam. Malah, dia turut memberitahu bahawa dia sudah pun lama meninggalkan minuman keras.

 

 

Oleh itu, berkemungkinan besar tuduhan yang dibuat itu tidak berasas dan lebih kepada dengki dan cemburu kerana jelas lagi nyata bahawa Jay Kim belum menganut Islam tetapi status tersebut mengatakan bahawa Jay Kim seorang muslim. Malah , ia turut mengatakan Jay Kim dalam keadaan mabuk padahal dia sudah tidak minum minuman keras.

 

 

Apapun, EH! KOREA BUZZ berharap agar masalah ini selesai dengan cara baik. Kebetulan kes yang berlaku terhadap Jay Kim sama seperti pelakon Korea iaitu Kang Ji Hwan.Namun, pelakon tersebut telah mengaku salah dan bakal menerima hukuman.

Kongsikan artikel ini