X FILES K: Padah Gila Chatting…Sebab Aplikasi Aku Dapat HIV!

“Betulkah kau mahu kenal dengan aku. Aku takut engkau menyesal nanti,” ujar lelaki bernama Choi Min (Bukan nama sebenar) yang sentiasa online di laman sosial popular.

 

 

Shin yang menegur Choi amat terkejut mendengar jawapan tersebut. Pada asalnya Shin hanya mahu berkawan dengan Choi Min kerana gambar avatarnya sangat menarik dan kacak seperti hero drama Korea iaitu Lee Min Hoo.

 

Meneruskan perbualan, Shin dengan berani menjawab dan bertanyakan punca sebenar Choi berkata sedemikian.

 

 

“Ya. Saya memang benar-benar nak berkawan dengan awak. Tapi saya nak tahu, kenapa status awak menyatakan aku akan tunggu kau sampai bila-bila. Kedengaran seperti dendam,” kata Shin.

 

Membalas pertanyaaan Shin, Choi menjawab, sebenarnya dia sudah tawar hati untuk berkenalan dengan sesiapa saja di laman chatting tersebut. Malah, tujuan dia online ini adalah demi mencari seorang kenalan yang dulunya dia kenali menerusi laman aplikasi tersebut.

 

“Kalau kau nak tahu, aku ni hanya tunggu masa nak mati saja. Ini semua gara-gara aplikasi ini. Dulu aku bukan main seronok berkenalan dengan ramai kawan baru di aplikasi ini. Namun, segalanya telah berubah selepas aku kenal dengan seorang lelaki ini. Pada mulanya, aku ingat dia seorang yang jujur dan baik hati. Namun, aku tidak menyangka, dia telah merubah hidup aku. Kini aku menghidap HIV dan aku dapat daripadanya. Aku sudah jadi takut untuk berkawan lagi.

 

 

“Aku online ni pun cuma berharap dan mahu memberitahu lelaki tersebut bahawa terima kasih kerana merubah hidup aku yang hanya menanti hari untuk mati saja. Aku pun berharap agar sesiapa saja yang menegur aku di laman sosial ini tidak menjadi mangsa dia lagi termasuklah kau,” jelas Choi dengan panjang lebar.

 

Illustrasi oleh Aeppol.

 

Terkejut mendengar penjelasan tersebut, Shin terus berbual dengan Choi sambil cuba menenangkan Choi. Kebetulan pula Shin adalah seorang doktor. Untuk itu, Shin terus bertanya dan ingin mengetahui apa punca boleh berlaku sehingga ke tahap ini.

 

 

“Sejujurnya, aku bukanlah golongan lelaki songsang. Aku ni hanya suka berkawan dan mencuba benda baru. Aku suka berborak dengan orang lain. Selepas aku kenal dengan lelaki ini, kami menjadi mesra seperti seorang abang dan adik. Satu hari dia ajak aku keluar minum dan makan bersama. Dia kata, dia ingin meraikan kegembiraan. Kebetulan pada masa itu aku ada masa untuk berjumpa.

 

“Aku pun menjadi ghairah nak berjumpa dia kerana dia mahu belanja aku di sebuah restoran mahal di Korea. Malah, dia juga mempelawakan aku untuk minum apa saja jenis arak mahal di situ. Kebetulan juga aku suka minum. Pada hari kami berjumpa, kami berborak dan minum terlalu banyak. Kami cerita semua tentang diri kami. Kami sangat gembira. Namun, aku tewas dengan arak mahal tersebut sehinggalah aku rebah dan tidak sedarkan diri,” jelas Choi.

 

 

Meneruskan cerita Choi memberitahu…

 

“Bila aku sedar, aku dapati aku dalam keadaan berbogel di atas katil mewah. Aku terkejut dan rupa-rupanya aku dalam sebuah bilik hotel. Kepala aku pening dan mencari dimanakah dia. Aku hanya jumpa sekeping nota dengan bertulis, terima kasih Choi, malam semalam merupakan malam terindah buat saya. Seperti dalam syurga.

 

 

“Aku tersenyum tapi dalam masa yang sama aku terkejut. Aku rupanya berkawan dengan seorang lelaki biseksual dan dia telah menodai aku dengan rakus sewaktu aku dalam keadaan tidak sedarkan diri.

 

 

“Aku dapati seluruh badanku penuh dengan love bite dan punggungku amat sakit sekali. Aku cuba hubungi dia di laman aplikasi ini tetapi aku dapati profile dia sudah tiada lagi. Aku tidak berputus asa dan terus menunggu dia sehingga ke hari ini.

 

 

“Selepas beberapa bulan dari malam tersebut, hidup aku berubah. Aku jadi semakin sakit dan apabila aku buat pemeriksaan doktor, aku disahkan ada HIV. Aku terkejut dan rupa-rupanya lelaki tu berikan aku HIV dan tinggalkan aku begitu saja,” luahan cerita Choi.

 

 

 

Terkejut mendengar cerita tersebut, Shin pun cuba memujuk Choi dan menyatakan hasratnya untuk membantu Choi. Pujukan Shin berjaya dan persahabatan mereka menjadi kekal. Shin turut berjaya membuatkan Choi kembali ceria dengan menjalani beberapa rawatan. Dalam pada itu, Choi berharap sangat kisahnya ini menjadi teladan buat semua yang suka berkenalan di laman sosial.

 

 

Kongsikan artikel ini