Upgrade Sewa Oppa Berharga RM280, Anda Juga Boleh Sewa Gadis Korea!

Adakah anda pernah menyewa lelaki Korea untuk melancong di sana? Jika pernah, pasti anda telah menggunakan perkhidmatan sewa pemandu pelancong menerusi laman OH! MY OPPA (OMO) yang tular sekitar awal 2018.  Walaupun pengenalan perkhidmatan ini pada awalnya mengundang kontroversi, namun agensi yang menjalankan servis baru ini terus meluaskan sayap.

 

Adakah mereka mempunyai daya tarikan untuk di sewa?

 

Menariknya, kini agensi yang dimiliki seorang wanita Korea yang kreatif dan fasih berbahasa English ini membuka perkhidmatan sewa gadis Korea di bawah jenama OH! MY UNNIE (OMU). Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanya dibuka untuk pelanggan wanita saja. Bagaimanapun, servis yang dibuat sama seperti perkhidmatan OMO.

 

Wajah jambu ini yang menanti anda di Korea.

Berbalik kepada OMO, calon tour guide yang ditampilkan makin bertambah dan lebih fokus kepada permintaan pelanggan. Tambah menarik, kebanyakan calon baru OMO lebih kacak dan fasih bukan saja dalam bahasa English tetapi bahasa Perancis, Thailand dan banyak lagi.

 

Personaliti menarik membuatkan mereka disewa.

Lebih istimewa, anda boleh mendapatkan harga mereka dari serendah RM280 selama 2 jam 30 minit. Apa yang pasti, perkhidmatan ini ternyata berbeza kerana pakej yang ditampilkan berlainan dari agensi pelancongan yang lain. Malah, jika anda melancong bersama Oppa dan Unnie ini, anda akan berasa seperti dalam drama Korea dan muzik video artis K-POP.

 

Sekali pandang mereka seperti selebriti korea.

Selain mengekalkan Oppa yang sedia ada, OMO memperkenalkan 8 Oppa baru iaitu David, JB, Sam, Albert, Brandon, Dan, Ruero dan Glenn. Dari senarai Oppa baru ini, David merupakan Oppa yang paling mahal kerana harganya mencecah RM400 selama 2 Jam. Apa yang pasti, oppa yang kekal sebelum ini turut mencipta rekod baru apabila Hue dan Jin antara Oppa yang paling popular dan disenangi.

Jika anda meminati untuk mendapat Oppa dan Unnie ini, anda bolehlah terus menghubungi mereka di laman web OMO atau ke laman facebook dan Instagram mereka. Paling lewat untuk menempah mereka ialah 48 jam sebelum tarikh anda untuk bertemu janji dengan mereka.

 

Komunikasi juga penting untuk menjadi Oppa dan Unnie.

Untuk pengetahuan, kesemua calon Oppa dan Unnie ini telah dilatih dan berdisplin. Jadi, seandainya mereka melanggar peraturan yang ditetapkan, perkhidmatan mereka akan dibatalkan. Begitu juga dengan pelanggan, ada syarat tertentu perlu dinilai  terlebih dahulu sebelum anda layak menggunakan servis ini.

Kongsikan artikel ini