Emosi Orang Korea Gundah Gulana Dengan 10 Kisah Sepanjang 2019, Korang Pula?

 

Suatu ketika dulu, apabila menyebut tentang Korea, pasti ramai netizen mengaitkannya dengan muzik K-POP dan drama Korea saja. Namun, kini ia telah berubah apabila cabang Korea turut dikaitkan dengan pelbagai kategori seperti kecantikan, kosmetik, pelancongan, politik dan skandal. Oleh itu, segala berita dan gosip dari Korea pasti tular seluruh dunia. Ketularan itu bukan saja menaikkan nama Korea, malah ia turut memperkembangkan ekonomi Korea.

Industri kosmetik dan kecantikan Korea berkembang maju.

Apa yang pasti, sama seperti tahun 2018, 2019 turut meninggalkan kesan yang mendalam buat netizen Korea serta antarabangsa dengan kisah-kisah yang mengundang pelbagai emosi termasuklah marah, sayang, benci dan mengejutkan. Menariknya, kisah ini bukan saja melibatkan golongan selebriti tetapi ia turut membabitkan orang politik, model dan rakyat biasa.

Drama Korea terus menular virus ke seluruh dunia.

Dari pelbagai kisah tular itu, EH! KOREA BUZZ kongsikan 10 Kisah yang menyentuh hati dan membuatkan emosi orang Korea tidak senang duduk apabila mengingatkannya semula. Yang penting, bukan saja orang Korea, netizen antarabangsa turut sama terjerumus dengan emosi sedemikian rupa. Jom imbas semula 10 kisah tersebut. Adakah anda merasa seperti itu.

 

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

10.Berita mengenai pemain bola sepak Korea iaitu Son Heung Min yang berada di tangga ke 16 dalam kategori Player of The Year 2019. Ia merupakan pencapaian terbaik bagi Son serta warga Korea di peringkat antarabangsa dalam gelanggang Bola Sepak. Sememangnya berita ini satu kebanggaan terbesar warga Korea. Jadi tidak hairanlah, kini Son dilimpahi pelbagai tawaran dari dunia komersial. Wajahnya juga menghiasi banyak papan iklan di Korea.

Prev1 of 10
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini