Drama Korea berjudul The World Of The Married bukan saja mendapat perhatian kerana watak dan jalan cerita yang ditampilkan. Malah, fesyen yang digayakan pelakon utama iaitu Kim Hee Ae yang berperanan sebagai Dr Jin Sun Woo turut mendapat perhatian netizen terutama sekali peminat fesyen. Menariknya, pakaian yang dikenakan itu adalah simbolik kekayaan sebenar watak tersebut. Bagi mengenal pasti jenama dan harga sebenar pakaian itu, Korea Buzz bawakan perkongsian dari Nelson Adrian yang tahu serba-serbi tentang fesyen yang digayakan Dr Jin Sun Woo.
Anda pasti terkejut kerana ada harga yang mencecah sampai ribuan ringgit.