Tanpa pengorbanan seorang wanita bergelar ibu atau Emak, anak tidak mampu peroleh apa yang diimpikan. Dalam erti kata lain, seseorang anak tidak mampu lahir ke dunia sebelum cukup waktu berada dalam rahim ibu. Malah, ibulah insan yang paling gembira melihat senyuman anak sebaik saja bayi yang dikandung itu menjejaki bumi.
Cukup ilmu dan sifat yang dibekalkan ibu, pastinya lahirlah anak yang berjaya tempuhi kehidupan sebagai insan yang berguna sekurang-kurangnya buat keluarga. Malah, tidak dapat dinafikan, anak bukan saja mengikut jejak langkah si ibu tetapi banyak juga yang mewarisi kecantikan wajah ibu terutama sekali anak lelaki.
Istimewa sempena hari ibu, Korea Buzz bawakan anda bintang K-POP yang kacak dan cantik seperti ibunya. Jom kenalinya di sini. Mungkin anda juga terkejut kerana kebanyakannya meraka ada yang seperti adik-beradik.