Pada 11 Mei 2020, pelakon Park Jihoon telah disahkan pergi buat selamanya selepas bertarung dengan kanser perut. Pengesahan ini baru saja dibuat keluarga mendiang yang mengumumkan berita sedih ini dilaman Instagram aktor tersebut pada 15 Mei 2020.
“Kami menulis ini kerana kami risau mungkin ada pihak yang masih belum tahu tentang berita kematian Jihoon. Terima kasih atas doa dan dorongan sepanjang pandemic COVID-19, Terima kasih kepada anda semua, kami telah menghantar Park Jihoon ke syurga. Satu penghargaan besar kami sekeluarga terima. Kami tidak akan lupa dan selalu mengingatinya,” petikan caption dari wakil keluarga di Instagram mendiang.
Park Jihoon telah dilahirkan pada 1989 dan pergi buat selamanya di usia 31 tahun. Dia banyak berlakon dan pernah tampil dalam drama ‘Chicago Typewriter’ sekitar tahun 2017 di saluran TVN.
Korea Buzz ucapkan takziah kepada keluarga dan peminat pelakon ini.