Bangsa Korea bukan saja terkenal dengan keunikan budaya tersendiri. Malah, Korea mempunyai pelbagai identiti tersendiri termasuklah menjajah dunia dengan muzik K-POP tanpa perlu menggunakan lirik English. Dengan populariti muzik tersebut, ramai bangsa antarabangsa berminat untuk mendalami dan mempelajari bahasa Korea.
Menariknya, Korea juga mempunyai identiti tersendiri dengan menggabungkan kata singkatan English popular mengikut stail mereka sendiri. Apa yang pasti, kata-kata ini hanya digunakan oleh orang Korea saja. Namun, jika anda tahu dan menggunakan kata-kata ini, orang Korea pasti terpegun dan rasa dihargai kerana anda sudah tahu bahasa perantaraan mereka.
Istimewa buat pembaca Korea Buzz, berikut adalah 10 Kata Singkatan Campuran yang sering digunakan bangsa Korea terutama sekali anak muda dalam kehidupan seharian mereka. Bunyinya pelik tapi comel.