Pelakon filem dan drama Adult, Shin Yeunho kini sedang giat berlatih untuk merubah diri menjadi bintang K-POP. Yeunho yang fasih berbahasa English dan Jepun turut memulakan karier baru sebagai guru Bahasa Jepun yang diajarnya secara atas talian.
Sewaktu aktif sebagai hero filem Adult, Yeunho atau nama Englishnya Joy jarang aktif di sosial media terutama sekali Instagram. Namun, selepas tekad untuk menjadi penyanyi, Yeunho kini aktif di laman Instagram.
Menariknya, dalam masa seminggu mendaftar diri di Instagram dengan menggunakan nama Korean Guide Joy, anak muda ini sudah mendapat follower mencecah 10,000 ribu. Kebanyakkan follower tersebut bukan dari Korea sebaliknya dari bangsa asing terutama sekali Jepun.
Bercerita mengenai perjalanan hidupnya sebagai anak seni, Yeunho terlebih dulu bergelar penyanyi sebelum terjebak dalam layar adult. Malah, Yeunho hanya berlakon dalam filem-filem tersebut hanya untuk mencari wang saku saja.
Selepas berhasrat untuk menjadi penyanyi, Yeonho telah disunting beberapa syarikat antarabangsa untuk menawarkan persembahan. Menurut Yeunho, sekarang ini dia dalam persiapan diri dari segi nyanyian dan tarian untuk persembahan di Jepun.
Disamping itu, Yeunho juga bakal mengeluarkan single pertama tidak lama lagi dan berkemungkinan dalam Bahasa English atau pun Jepun memandangkan dia lebih dikenali peminat antarabangsa.
Jika diberi peluang, Yeunho teringin mengadakan persembahan di Malaysia dan negara Asia tenggara yang lain. Sebelum ini, Yeunho pernah mengadakan persembahan di Kota Singa.