Sebelum ini, rapstar Korea bernama Jay Flowsik pernah menyatakan hasrat mahu meninggal dunia sosial. Malah, dia tidak peduli jika kehilangan pengikut kerana tindakan beliau. Bagaimanapun, tindakan itu tidak berlaku sebaliknya peminat terkejut bahawa tingkah laku Flowsik yang idam berkolaborasi dengan Joe Flizow agak berlainan dari sebelum ini.
Selepas beberapa bulan menyembunyikan keadaan yang berlaku kepada dirinya, akhirnya Jay yang dikenali bersikap terbuka mengakui bahawa dia sebenarnya menderita kemurungan dan anxiety. Malah dia memberitahu, dirinya semakin kurus dan kehilangan berat lebih kurang 9 kilogram kerana tekanan yang dihadapinya.
Bagaimanapun, Flowsik menjelaskan keadaan kesihatannya di laman instagram memaklumkan kini dia dalam proses pemulihan. Antara cara dia bangkit dari sakit tersebut ialah mengamalkan pemakanan sihat, angkat berat dan bertinju.
Pengumuman Flowsik tentang penderitaan tersebut mengejutkan peminatnya termasuklah beberapa selebriti Korea dan antarabangsa yang mengenali ikon rap Korea ini. Masakan tidak, sepanjang tempoh flowsik sakit, dia mampu melahirkan beberapa naskah lagu sedap termasuklah sebuah naskah yang mana dia berkolaborasi dengan peminat-peminat bertuah. Lebih menarik, naskah berjudul Hamburger turut mendapat sambutan baik dari peminat antarabangsa.
Di samping mengumumkan berita bahawa dia dalam proses pemlihan dari tekanan emosi, Flowsik juga membuka peluang untuk berkolaborasi dengan individu yang memperjuangkan muzik. Permintaan kolaborasi tersebut boleh dilaksanakan dengan menghubungi beliau sendiri menerusi email yang tertera di laman Instagramnya.
Apa sekalipun, Flowsik yang turut minat memancing berharap agar kembali pulih sedia kala dan akan berusaha keras demi penyokongnya. Derita yang dihadapinya turut mendapat beberapa sokongan dari selebriti Korea dengan meninggalkan nasihat dan komen yang baik terhadap dirinya.
Apa yang berlaku terhadap Flowsik bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya, ramai lagi penghibur di Korea cenderung untuk menghidap sakit yang melibatkan mental dan emosi. Atas sebab itulah juga, pihak pengurusan di Korea mengambil berat terhadap komentar netizen di laman sosial artis berkenaan kerana tidak mahu penderitaan ini berakhir dengan kematian yang tidak diingini.