Semua sedia maklum artis-artis Korea lebih mementingkan kecantikan dan penampilan. Gaya mereka selalunya tidak kalah dengan fesyen yg dipakai.
DK (Detektif Kosasi) secara peribadi teruja dengan fesyen yang digayakan artis Korea tidak kiralah jantina apa sekalipun. Dalam keberanian mereka tampil bergaya, namun mereka tahu apa yang onz atau dinch. Yang penting, DK tahu, hampir semua artis Korea ada fesyen konsultan sendiri. Bagaimana pula artis di Malaysia? Sendiri mahu ingatlah ya.
Cakap tentang fesyen, DK dapat tahu, orang Korea juga mementingkan fesyen bikini. Mereka lebih yakin dengan rekaan dan warna bikini yang menawan. Bukan saja menitikberatkan material yang selesa tetapi mereka juga sangat sensitif dengan rekaan . Ini kerana bagi mereka, ia penting bagi menarik perhatian seseorang atau kepuasan sendiri.
Oleh kerana itulah, tidak semua artis Korea layak menjadi model bikini? Hanya segelintir saja yang terpilih kerana syarat nak jadi model bikini sangat ketat. Tidak semestinya wajah cun tetapi fizikal juga memainkan peranan penting.
Kali ini, DK akan bercerita dan komen tentang fesyen bikini artis Korea. Topik ini dipilih sebagai panduan untuk anda kekal cantik macam mereka. Sebelum memilih luar, kena pandai pilih yang dalam. Tapi, kalau anda tidak setuju dengan komentar DK, anda boleh bagi rate sendiri ya.
Bagaimana pula dengan penampilan mereka bila berbikini? Adakah menarik perhatian anda? Mari kita lihat.