Pakar Iktiraf Wajah Lelaki Asia Paling Sempurna Tapi Jin BTS Tetap Curiga

Siapa tidak kenal dengan jejaka yang digelar Worldwide Handsome, Kim Seok Jin atau lebih popular dengan nama Jin BTS. Sejarah tercipta apabila visual kumpulan BTS, Jin telah dianugerahkan sebagai The World’s Most Perfect Male Face 2020 oleh visual artiste iaitu Sluis Painting.

Walaupun Jin merupakan ahli paling tua dalam Bangtan Sonyeondan atau BTS,  daya tarikan dan tingkah lakunya yang lucu dan comel membuatkan diirinya sebagai ahli BTS paling bongsu atau maknae. Malah, dia turut digelar Army (peminat BTS) dengan singkatan nama Flying Kiss Man kerana gemar melayangkan ciuman kepada peminat.

Menyentuh mengenai gelaran The World’s Most Perfect Male Face in 2020, pakar Sluispainting menyatakan bahawa…

“Secara ilmiah, Kim Seokjin ternyata memiliki wajah yang hampir sempurna. Wajahnya tidak hanya simetris, tetapi juga ia mempunyai bahagian mulut, mata, dagu, dan dahi yang optimum. ”

Selain itu, mereka turut menyatakan 5 sebab Jin terpilih untuk gelaran ini.

1. Wajah simetri dan bujur sempurna

2. Kedudukan Telinga tepat pada pertiga pertengahan wajah

3. Ruang antara matanya sama dengan lebar sebelah mata

4. Tepi hidung sejajar dengan sudut dalam mata

5. Bahagian depan kiri, dan hidung kanan, mengambil ruang yang sama

Di samping itu, dinilai menerusi golden ratio pula, wajah sempurna Jin bernisbah 1:1.618 yang mana salah satu wajah lelaki Asia yang paling simetri, berkadar dan sempurna.

Menerusi keputusan kajian ini pula, kesempurnaan wajah Jin melayakkannya menerima gelaran berikut… 1. Wajah No 1 Pilihan Kumpulan Pereka Patung di Czech Republis sekitar 2019. 2. The Most Handsome Men In The World dari The North King Choice dengan undian sebanyak 444, 4448 undian. 3. The World’s Most Perfect Male Face 2020 yang diukur menerusi pakar saintis.


Walaupun pengiktirafan demi pengiktirafan tentang wajahnya diumumkan secara rasmi, Jin yang digelar abang bahu oleh ahli BTS telah meragui dengan wajah yang dimilikinya. Malah, menerusi temu bual terbaru dengan media Korea, Jin telah bertanya kepada peminatnya adakah dia benar-benar kacak dan sempurna wajah?

Apa sekalipun, sikap Jin yang suka melayan peminat dan sering meminta pendapat peminat sudah cukup membuatkan Army meletakkan Jin sebagai kacak bukan dari segi fizikal saja tetapi juga tampan dari segi tingkah laku dan personaliti.

Kongsikan artikel ini