Hati Memberontak, Jay Lee Dedah Budaya Malaysia Yang Sukar Diterima Korea!

Foto: Ikie
Fashion Designer: Anas Abdullah
Makeup by: Qif Alvarez
Aksesori: The Eyes Shop

Figura Korea Buzzz Edisi Julai 2020 iaitu Penyampai radio EBS yang telah menetap di Malaysia lebih empat tahun memberontak apabila dia kini tidak dapat kembali ke Malaysia kerana pandemik Covid-19. Walau bagaimanapun, Jay Lee atau nama penuhnya Lee Ju Hyuk menanti dengan penuh sabar. Bagaimanapun, Jay yang kini berada di Korea sedang menjalani rawatan hidup untuk kembali seperti orang Korea setelah serasi dengan hidup seharian di Malaysia.



Sungguhpun begitu, Jay yang terus menyebarkan berita tentang Malaysia kepada orang Korea terus bertekad untuk menjadi “Connected connector” terbaik untuk warga Korea dan Malaysia sekaligus negara asia yang lain.

Disamping itu, Jay yang sejujurnya sudah sebati dengan budaya dan resam orang Malaysia berterus-terang serta tidak mahu menyorok budaya Malaysia yang berkemungkinan tidak boleh diterima orang Korea. Bagaimanapun, ia bakal berubah seandainya kena cara dan tempat.


Berikut adalah 10 Budaya Malaysia yang sukar diterima Orang Korea:

• Cara hidup yang santai
• Memberi senyuman kepada orang yang tidak dikenali.
• Mengambil berat terhadap bukan keluarga dan saudara.
• Bersikap baik antara satu sama lain
• Memanggil seseorang dengan panggilan “bro?”
• Memanggil seseorang dengan panggilan “bos?”
• Manglish (Bahasa Inggeris Malaysia) yang sangat saya gemari. Sangat comel.
• Pemeliharaan bangunan bersejarahnya, pemeliharaan sifatnya
• Bersikap ikhlas sebagai orang yang beragama
• Berfikiran terbuka dengan budaya atau bangsa lain!

Memandang terlalu rindu dengan Malaysia, Jay yang kini kembali aktif di EBS TV ingin mengunjungi tempat-tempat ini sebaik saja pintu negara Malaysia di buka kembali kepada orang Korea.


“Saya mungkin tidak akan tinggal lama di Malaysia kerana saya sudah pun kembali aktif di EBS TV. Bagaimanapun, saya akan kerap kembali ke Malaysia nanti sebagai destinasi percutian.



“Banyak tempat yang saya sudah pergi di Malaysia. Tapi sebaik saja pintu negara terbuka, saya mahu kembali ke Cameron Highland, Sekinchan, Pulau Pinang dan Ipoh. Saya juga mahu pergi Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Kuching Sarawak. Itu pun kalau jadual saya mengizinkan,” Jelas Jay.

Kongsikan artikel ini