Heroin drama Boys Over Flower, Ku Hye Sun akhirnya sah bercerai dengan bekas suaminya yang juga aktor popular Ahn Jae Hyun. Penceraian rasmi tersebut telah umumkan pada 15 Julai 2020 bertempat di Seoul Family Court selepas kedua mereka bertemu kata sepakat.
Bagaimanapun, kedua figura yang pernah menjadi hero dan heroin utama drama Blood dan Newlywed Diary S1 tidak hadir pada sesi pengumuman tersebut tetapi hanya menghantar wakil.
Difahamkan, Hye Sun kini tidak berada di Korea kerana telah melanjutkan pelajaran ke luar negara manakala Jae Hyun sibuk dengan jadualnya sebagai aktor.
Berikut adalah pengumuman rasmi tersebut:
Ahn Jae Hyun dan Ku Hye Sun bersepakat untuk menyelesaikan peceraian mereka melalui pengantaraan pada 15 Julai. Kedua-duanya akan membuat haluan masing-masing dan berharap yang terbaik untuk masa depan. Pihak kami memohon maaf ke atas masalah peribadi mereka yang telah menimbulkan masalah kepada orang ramai sehingga kini.
Pasangan ini telah berkahwin pada Mei 2016 dan Ahn Jae Hyun telah memfailkan penceraian pada September 2019. Mereka berkahwin selepas berlakon dalam drama Blood. Hye Sun telah mengumumkan secara langsung di laman instagramnya bahawa Jae Hyun telah minta cerai pada Ogos 2019.
Dengan pengumuman ini, secara tidak langsung Ahn Jae Hyun sah bergelar duda dan Hye Sun bergelar janda.