Desas-desus yang mengatakan bintang Hollywood, Selena Gomez menyertai kumpulan KPOP, BLACKPINK terjawab sudah apabila kedua-dua pihak ini mengumumkan secara rasmi tentang penglibatan kerjasama mereka.
Pengumuman ini telah disahkan Selena menerusi laman instagramnya…
“Saya sangat teruja untuk mengumumkan bahawa BLACKPINK dan saya ada sebuah lagu baru yang akan dilancarkan pada 28 Ogos ini,” kata Selena pada 11 Ogos di posting terbarunya.
Pengumuman ini dibuat seminggu selepas pihak pengurusan BLACKPINK iaitu YG Entertainment memberi bayangan tentang kolaborasi ini iaitu sebaik saja 4 gadis jelita, Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa menggegar dunia dengan lagu How You Like That.
Sama seperti BTS, BLACKPINK mencipta sejarah baru apabila berjaya menembusi pasaran Hollywood dengan bergandingan dengan POP Star Hollywood yang ternama dan terkenal.
Sebelum Selena Gomez, BLACKPINK pernah berkolaborasi dengan DUA LIPA yang mana lagu tersebut turut menjadi kegilaan ramai. Jisoo dan Rose pertama kali berjumpa dengan Selena di New York ketika mereka menghadiri COACH Spring/ Summer 2019 fashion Show. Mereka sempat merakam foto bersama.
Sejak majlis itu, mereka berkawan. Malah, Jisoo juga pernah menyatakan hasrat secara terus-terang dengan peminat untuk berkolaborasi dengan Selena dan impian tersebut terlaksana pada 28 Ogos Jam 1pm (KST).