Peristiwa hitam yang menyelubungi kehidupan Daud Kim kembali tular semalam apabila kisah tersebut didedahkan semula. Lantaran itu, Daud Kim yang sebelum ini dikenali dengan nama Jay Kim atau nama sebenarnya Jaehan tampil memberi keterangan terperinci menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran youtubenya.
Menerusi video tersebut, Youtuber Korea yang baru setahun menjadi muslim menitiskan air mata dan menyesal kisah hitam itu terus menghantui dan diperkatakan semula. Mengakui kesilapan tersebut, Daud menjelaskan bahawa peristiwa itu berlaku sebelum dia sah menjadi muslim.
Malah, dia mengaku waktu itu dia mabuk dan tidak sedarkan diri. Lebih teruk lagi, dia hanya ingat sedikit saja dan tidak menyangka perbuatannya itu menghanyutkan dirinya ke arah gangguan seksual. Menyedari hakikat kesalahan tersebut, Daud memberitahu kisah hitam ini sudah pun diselesaikan tahun lalu dengan persetujuan kedua belah pihak.
Antara kekesalan yang dinyatakan Daud adalah kesilapan dirinya yang minum minuman keras sehingga mabuk. Justeru itu, dia tekad mahu merubah diri ke arah kebaikan dan memeluk Islam. Pun begitu, dalam keadaan sebak dan mengalir air mata, Daud akuinya, dia betul-betul kesal dan banyak pelajari dari kesilapan lama.
Walaupun kisah ini sepatutnya tidak kembali diperkatakan, Daud hanya mampu memohon maaf dan tidak mahu menyalahkan sesiapa. Kenapa kisah ini kembali viral? Adakah Daud Kim dianiaya?
Untuk anda ketahui kisah benar di sebalik tuduhan salah laku seks itu, anda bolehlah menonton sendiri video pengakuan dari Daud Kim. Semoga Daud terus tabah dan boleh menjadi seorang mualaf Korea yang terus berjuang dalam Islam.