Tergempar! Dah Kahwin & Ada Anak, Betulkah Daud Kim Mualaf Palsu ?

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Inilah peribahasa paling sesuai untuk Youtuber Korea popular, Daud Kim atau sebelum ini lebih dikenali dengan nama Jay Kim. Belum lagi reda dengan kes salah laku seks melibatkan dirinya, kini Daud atau nama sebenarnya Kim Jae Han didakwa menipu semua orang dengan statusnya.

Menurut sumber, Daud Kim dikhabarkan sudah lama menjadi suami kepada wanita yang berasal dari Rusia. Malah, Daud Kim mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinannya bersama wanita tersebut. Bagaimanapun, status perkahwinannya kini masih lagi tidak pasti.

Ada pihak mendakwa, mereka masih lagi suami isteri dan ada juga informasi mengatakan mereka sudah dalam proses penceraian. Bagaimanapun, perkahwinan mereka disahkan berlaku sebelum Daud memeluk Islam lagi. Dalam erti kata lain, sebelum dia popular mengupas isu-isu tentang Islam, dia sudah berkahwin dan isterinya yang menjadi tulang belakang kejayaan Daud.



Lebih panas lagi, selama ini Daud dikatakan berjaya menipu dan menyorok status tersebut walhal banyak rakaman yang dirakam dilakukannya di tempat tinggal isterinya itu.  Malah, kepastian Daud sebagai Islam turut sama diragui kerana dia dituduh menggunakan Islam demi mengaut keuntungan sebagai youtuber. Ada mata-mata mengatakan, walaupun kes salah laku seks itu diakui dilakukan semasa dia belum memeluk Islam, namun Daud didapati masih lagi kunjungi kelab dan makan daging khinzir serta mabuk walaupun sudah bertukar dari Jay Kim kepada Daud Kim.

Sungguhpun kontroversi ini masih diragui kerana Daud didapati telah padam bukti-bukti ini dilaman sosial, sumber terdekat Daud mengesahkan bahawa lelaki ini bakal tampil sekali lagi bagi mengadakan pengakuan seperti mana yang dia telah lakukan untuk isu salah laku seks yang mana dia menangis dalam video tersebut.

Pun begitu, ada baiknya Daud melakukan pengakuan secara lintas langsung kerana pengakuan tersebut lebih diterima tanpa ada suntingan seperti yang dia telah lakukan untuk video pengakuan serta video contentnya itu.


Bagaimanapun, sebelum kita mengesahkan siapa yang salah atau benar, lebih baik kita menunggu dan istiqamah. Setiap yang berlaku ada pengajaran dan penyelesaian. Jangan membabi buta serkap jarang.

Kongsikan artikel ini