Netizen berjantina lelaki dari Malaysia naik berang selepas membaca artikel mengenai seorang model lelaki dari Korea yang ingin mencari wanita dari harimau selatan untuk dijadikan pasangan. Ternyata, sifat cemburu dari netizen itu membuatkan ramai terkedu kerana dia secara tiba-tiba mempersoalkan isu berkaitan khatan lelaki dari Korea yang digelar Oppa. Padahal, lelaki Korea tersebut hanyalah mahu mencari pasangan untuk muncul dalam sebuah rancangan TV.
Memandangkan isu ini telah dibangkitkan, KOREA BUZZ menerima pertanyaan yang sama mengenai isu yang mengejutkan itu. Walaupun isu ini agak sensitif atau tidak patut dipertikaikan kerana ia berkaitan budaya dan agama, KOREA BUZZ tetap akan memberikan informasi berkaitan isu berkenaan. Diharap, selepas fakta dan isu ini diperjelaskan, netizen tidak sembarangan melemparkan komentar yang berbau lucah atau lebih kepada sensitiviti orang lain.
Secara tidak langsung, Sunat atau khatan adalah satu fenomena moden di Korea Selatan. Walaupun peratusannya hampir 80% di abad dua puluh, hampir tiada lelaki yang berkhatan pada satu abad yang lalu. Ini kerana, ia bertentangan dengan tradisi Korea yang lama dan lebih kuat untuk memelihara tubuh sebagai hadiah dari orang tua.
Satu kajian telah dilaksanakan pada tahun 2001 terhadap lelaki Korea yang berusia 20 tahun. Keputusan kajian tersebut memberitahu bahawa 78% lelaki Korea telah sunat. Ia turut memberitahu bahawa Korea Selatan berkemungkinan besar mempunyai jumlah remaja lelaki atau dewasa berkhatan paling mutlak di mana saja di dunia. Isu berkaitan khatan ini bermula apabila Korea menjalinkan hubungan dengan tentera Amerika Syarikat sewaktu perang Korea Selatan yang mana menurut sejarah, lelaki Korea waktu itu tidak biasa dengan berkhatan.
Menurut kajian pada 2002 pula, 86.3% lelaki Korea Selatan berusia 14 hingga 29 tahun berkhatan. Namun, pada 2012, peratusan menurun yang mana hanya 75.8% lelaki Korea berkhatan dalam skala umur yang sama. Disebabkan isu ini diperbesarkan dan ramai ingin tahu, maklumat mengenai sunat telah tersedia di internet pada tahun 1999.
Pakar kajian telah mengulas dan memberitahu bahawa kebanyakan maklumat yang terdapat di laman internet sifatnya bertentangan dengan tradisi lama. Malah, berkhatan ini telah dikenalkan oleh tentera Amerika Syarikat. Malah, kebanyakan keputusan atau tindakan untuk berkhatan berkait rapat dengan pengaruh luar.
Di samping itu, menerusi era moden ini, informasi terdekat dari kaum lelaki di Korea memberitahu, terdapat 50% lelaki Korea kini selesa dengan berkhatan dan ia terdorong kepada pegangan kehidupan orang tersebut. Namun, mereka dipercayai lebih suka bersih dengan berkhatan.