Sehingga saat ini, 7 anak muda dari BTS masih belum mempunyai pasangan hidup. Malah, hanya segelintir saja yang terkena dengan gosip atau skandal percintaan. Pun begitu, kesemuanya sekadar khabar angin dan salah faham semata-mata.
Selain BTS, BLACKPINK yang turut dilabel sebagai BTS versi wanita turut dijadikan perhatian untuk mengetahui siapakah jejaka yang berjaya menambat hati mereka? Walaupun sebelum ini, Jennie pernah rasmi bercinta dengan Kai EXO, namun, kini keempat-empat wanita cantik ini masih lagi solo.
Memandangkan BLACKPINK dan BTS antara kumpulan dan figura yang paling dikehendaki di dunia terutama sekali peminat KPOP, KOREA BUZZ cuba mengahwinkan mereka dengan mencantumkan wajah mereka.
Pasangan yang dibuat secara rambang berdasarkan kesesuaian ini menghasilkan ramai anak-anak yang comel dan kacak. Yang pasti, ada juga gandingan ini menampakkan wajah bukan Korea. Oleh kerana BTS mempunyai 7 lelaki kacak, 3 penyanyi wanita popular di Korea turut dikahwin bersama BTS. Tiga penyanyi tersebut ialah IU, Taeyeon dan Chungha.
Jom ikuti wajah anak-anak hasil ‘perkahwinan’ BTS dan BLACKPINK. Anak siapakah yang berjaya menawan hati anda? Jangan lupa jalankan tanggungjawab anda sebagai peminat mereka dengan menamakan anak-anak mereka di ruangan yang disediakan.