Ramai yang salah faham dengan panggilan dan gelaran Oppa untuk lelaki Korea. Bagi yang tidak tahu, Oppa yang bererti abang hanya boleh digunakan oleh perempuan saja. Selain membawa maksud abang, ia juga bawa maksud sayang untuk pasangan kekasih atau suami isteri.
Jadi, bagi lelaki, jika anda dapati lelaki Korea itu lebih tua dari anda, jangan sesekali panggil Oppa sebaliknya panggil Hyung yang maksudnya sama. Oleh kerana itu juga, adakah anda tahu, sebagai penonton drama-drama Korea, ada sesetengah hero utama mereka sebenarnya tidak boleh dipanggil Oppa apabila penonton tersebut berumur 23 tahun ke atas.
Di sebalik kekacakan, susuk tubuh menawan dan seksi, ramai tidak menyangka sebenarnya ramai aktor di Korea masih lagi remaja dan belum capai tahap umur lelaki matang. Namun, demi watak dan kerjaya sebagai pelakon, mereka berubah dan menjiwai apa jua watak yang diberikan.
Bagi menyelamatkan anda atau membetulkan panggilan anda terhadap pelakon Korea kesukaan anda, KOREA BUZZ senaraikan 16 aktor Korea yang kini popular dan sering jadi pilihan produser sebagai teraju. Yang penting, kesemuanya umur 23 tahun ke bawah. Mungkin selepas ini anda kena panggil mereka dengan panggilan Dongsaeng yang bererti adik.