Nama hero dan heroin Korea ini pernah menjadi pujaan di penghujung 1990an. Malah, nama mereka di julang bukan saja di Korea tetapi di peringkat antarabangsa selepas drama yang dibintangi mereka meletus dan menular di sekitar awal 2000an. Menariknya, antara mereka ini masih lagi giat aktif sebagai watak utama untuk drama-drama hebat dari Korea.
Tambah menarik lagi, ada yang tidak menyangka, penglibatan figura ini dalam industri Korea sudah pun lebih 20 tahun kerana personaliti, wajah dan susuk tubuh mereka yang tidak mamah dek usia. Berkemungkinan besar, penonton setia drama-drama ini sudah pun berusia 40 tahun ke atas secara keseluruhannya namun masih lagi tidak jemu untuk menonton drama-drama ini kerana jalan ceritanya yang tidak bosan. Ada juga penonton yang baru berjinak-jinak pasti terkejut menonton drama lama yang jalan ceritanya jauh lebih dramatik dan penuh pengajaran.
Istimewa untuk penggemar drama Korea sejak akhir 1990an sehingga kini, KOREA BUZZ tampilkan imej terbaru hero dan heroin Korea yang sudah pun aktif bergelar bintang Korea lebih 20 tahun. Kesemua figura ini pernah membintangi dan menjadi teraju utama drama hit seperti My Girl, Sassy Girl Chunyang, Winter Sonata, Princess Hour, Full House, Coffee Prince, Autum in My Heart dan Sweet 18.
Adakah mereka masih lagi sama? Jom tatap sendiri transformasi mereka dari budak hingusan sehingga bergelar TOP Star di Korea malahan di peringkat antarabangsa.