Gadis AT Ajak Kahwin, Won Sub Label Korea Tiada Tempat Secantik Sipadan

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Penyanyi dari Korea yang popular di Rusia, Song Won Sub tidak menolak persoalan mengenai soalan berkaitan Asia Tenggara (AT) Malah, dia yang selesa menghidangkan peminat dengan pelbagai video di saluran youtubenya berkaitan Rusia sangat teruja menjawab pertanyaan berkaitan Malaysia.



“Saya sangat suka Asia Tenggara. Terus-terang, saya masih belum berkesempatan ke Malaysia lagi. Namun, saya banyak mendengar tentang keindahan dan kehijauan alam semula jadi Malaysia.



“Saya teringin sangat nak pergi ke pulau-pulau di Malaysia. Perasaan berkobar-kobar dan jatuh cinta nak ke pulau Malaysia selepas melihat foto dan video berkaitan Pulau Sipadan. Ini kerana, tiada tempat di Korea secantik dan menakjubkan seperti di pulau tersebut.



“Bila nak ke sana, saya teringin nak berenang dan cuba rasa arak buatan Malaysia. Saya harap peminat dari Malaysia boleh hubungi saya dan menjemput saya ke sana nanti. Selepas terima jemputan, saya akan pergi ke Malaysia dan menghiburkan anda semua,” kata Won Sub yang begitu aktif di laman instagramnya.

Prev1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kongsikan artikel ini