Pada awal pertengahan Februari 2020, bintang KPOP yang pernah datang ke Malaysia, Chungha menjadi suspek COVID19 selepas beberapa pekerja yang bersamanya ke luar negara disahkan positif Corona Virus. Bagaimanapun, selepas menjalani ujian, Chungha didapati negatif dari pandemik tersebut.
Namun, Chungha telah melakukan pengumuman rasmi dengan meninggalkan nota sebak dan memohon maaf dengan mengesahkan dia positif Covid-19 pada 7 Disember 2020.
“Saya mengemaskini posting ini kerana saya takut anda risau kerana saya tidak mengatakan sesuatu. Saya minta maaf dan maaf sekali lagi. Saya sudah mencuba yang terbaik untuk berhati-hati namun saya rasa ia tidak mencukupi. Hari ini saya mendapat notis kecemasan dan dimaklumkan positif. Saya akan kembali lagi dalam keadaan sihat. Saya harap semua peminat harus lebih berhati-hati dan selalu berwaspada. Jangan risau sangat dan kita akan berjumpa lagi. Sekali lagi, saya mohon maaf,” kata Chungha.
Sebelum pengumuman ini dilaksanakan, pihak pengurusan Chungha iaitu MNH Entertainment terlebih dahulu mengumumkan bahawa penyanyi comel dan genit ini telah positif Covid-19 dan sedang dalam tempoh kuarantin.
Chungha didapati telah mempunyai hubungan rapat dengan mangsa COVID-19. Selepas mendapat tahu, Chungha telah menjalankan ujian saringan COVID-19. Keputusan ujian pada 7 Disember mendapat Chungha positif COVID-19.
Kini Chungha telah membatalkan dan menangguh semua aktivitinya dan menjalani proses rawatan pencegahan dan kuarantin. Kesemua krew kami yang berhubung rapat dengan Chungha akan turut sama menjadi ujian dan kuarantin. Pihak agensi akan memberikan kerjasama dengan pihak kerajaan dengan memaklumkan akan hal ini.
Difahamkan, Chungha dalam proses melancarkan albumnya berjudul QUERENCIA pada 4 Januari depan. Dia telah menampilkan teaser promosi dengan lagu bertajuk X. Mengikut jadual, lagu tersebut sepatutnya dilancarkan pada 10 Disember ini. Setakat ini, pihak pengurusan masih belum mengemaskini tentang perancangan promosi lagu tersebut dan lebih fokus faktor kesihatan artis terlibat.