Aktres Korea, Chae Song Ah Buka Restoran Di Johor & Kini Jadi Warga JDT

Komuniti orang Korea lebih banyak berpusat di Kuala Lumpur. Namun, saban tahun ia sudah berkembang dan kini ramai masyarakat asal Korea mula berkampung dan menetap di selatan tanahair iaitu Johor. Walaupun tidak sebesar komuniti di Kuala Lumpur dan Sabah, orang Korea di Johor rata-ratanya terdiri daripada pemilik restoran dan pelajar sekolah antarabangsa.

Apa yang mengejutkan, komuniti Korea di Johor menerima ahli baru iaitu seorang pelakon Korea bernama Chae Song Ah. Walaupun namanya tidak sepopular aktres seperti Lee Dae Hee dan Jang Nara, namun penglibatan beliau dalam industri seni Korea boleh dibanggakan.


Sebenarnya, keberadaan Song Ah dalam komuniti Korea di Johor kurang mendapat perhatian sebaliknya ramai ahli komuniti Korea terkejut apabila mendapat tahu aktres ini telah membuka restoran di Johor.

Restoran Sae Ma Eul BBQ yang berkonsepkan 100% seperti di Korea ini terletak di71, Sunway Emerald Boulevard 88, Persiaran Medini 3, Bandar Medini Iskandar, 79250, Iskandar Puteri, Johor. Manakala, Song Ah dilaporkan tinggal di sekitar kawasan tersebut bersama putera dan suaminya yang kacak.

Apa yang pasti, seandainya anda ke restoran berkenaan, Song Ah akan melayan anda dengan sebaiknya. Malah, anda juga boleh mendapatkan autograph dan bergambar dengannya.

Nampaknya, Song Ah merupakan artis Korea yang pertama buka restoran di Johor. Difahamkan, sudah banyak artis ternama korea buka restoran di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Chef terkenal dari Korea yang bertaraf selebriti sebenarnya sudah terlebih dahulu buka restoran di City Square Johor Bahru.

Kongsikan artikel ini