Produk kecantikan dari Korea sememangnya diiktiraf antara yang terbaik di dunia bersandarkan bukti yang ditonjolkan ramai selebriti Korea yang berkongsi tip cantik dan kacak dengan menggunakan produk Korea kebanggaan mereka. Malah pelbagai kempen berkaitan kecantikan dan kosmetik Korea yang dijalankan turut mendapat perhatian bukan saja penggemar muzik K-POP dan drama Korea tetapi turut menarik minat ramai wanita dan lelaki seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Terbaru, menerusi kempen #ILOVEKBEAUTY yang menampilkan empat jenama kecantikan asli dari Korea Selatan iaitu COSRX, YADAH, Abib dan Ariul membuka peluang ramai wanita untuk lebih mesra dengan mendekatkan diri dengan duta-duta produk berkenaan. Menariknya, program yang dijalankan di platform atas talian Watsons menawarkan hadiah eksklusif berkaitan aktor kacak yang menerima bayaran tertinggi di Korea iaitu Kim Soo Hyun.
Selain itu, kempen #ILOVEKBEAUTY turut menawarkan pelbagai pakej yang luar biasa yang mampu menambahkan kejelitaan anda yang sedia cantik berganjak menjadi tambah minat mengenal kualiti sebenar produk kecantikan dari negara KPOP. Bagaimanapun, anda perlu cepat kerana kempen ini bakal berakhir pada penghujung Disember 2020.
Memandangkan pembaca KOREA BUZZ sangat dekat dengan kecantikan dan kosmetik Korea, tawaran istimewa dicetuskan yang mana anda boleh menerima produk COSRX dan Photo Card Kim Soo Hyun dengan pembelian minimum RM80. Tawaran ini hanya untuk 500 pesanan saja. Manakala anda juga boleh mendapatkan ABIB Drawstring Pouch dengan pembelian serendah RM50. Ia juga terhad untuk 500 pesanan saja.
Tambah menarik lagi, anda boleh menerima rebat RM5 dengan jumlah pembelian barang minimum RM80 daripada mana-mana jenama yang terlibat dengan kempen tersebut. Rebat RM30 turut ditawarkan dengan pembelian serendah RM150 dan terhad kepada 100 pelanggan saja dengan menggunkan code ‘KBEAUTY30’. Apa yang pasti, segala yang ditawarkan ini hanya boleh ditebus di platform atas talian Watsons saja.
Di samping tawaran menarik ini, anda juga berpeluang mengikuti LIVE STREAM di Instagram Watsons pada 17 Disember 2020 jam 9PM. Menerusi lintas langsung ini, pengumuman produk terbaik 2020 akan diumumkan selain anda berpeluang untuk menerima hadiah istimewa yang diberikan buat penonton bertuah saja.
Sesungguhnya ini adalah peluang terbaik anda untuk bangkit dari kemelut COVID19 yang mendorong ramai mempersoalkan tentang keperluan solekan dan kecantikan apabila pelitup muka menjadi pakaian wajib untuk semua orang di serata dunia. Sesungguhnya, kecantikan tidak wujud tanpa ada keyakinan dari anda yang mahu mencuba dan mengenali lebih dekat kempen #ILOVEKBEAUTY.
Seandainya masih bingung atau perlukan bantuan, anda boleh selesaikannya dengan menghubungi pakar produk korea iaitu GlamPick.my. Anda bukan saja tahu banyak pasal produk Korea, sebaliknya anda sudah selangkah menjadi secantik dan sekacak persis bintang Korea.