Keputusan The 100 Most Handsome Face of 2020 dari TC Candler masih belum disiarkan selepas melabuhkan tirai undian pada 30 November 2020. Bagaimanapun, keputusan The Most Handsome Men of 2020 yang diadili oleh pakar pembedahan dari Los Angeles dan beberapa media antarabangsa telah mengumumkan keputusan yang mengejutkan.
Dari keputusan yang diadili berdasarkan 50% ratio wajah, 30% undian dan 20% Global Beauty Standard of the Year, 27 bintang KPOP termasuk pelakon Korea tersenarai dari 100 lelaki yang majoritinya dimonopoli aktor popular dari Hollywood.
Bagaimanapun, jejaka kesukaan ramai iaitu V BTS yang pernah merangkul juara untuk The Most Handsome Faces of 2020 dari TC Candler masih memberikan cabaran dengan berada ditangga kedua untuk The 100 Most Handsome Men Of 2020.
V BTS atau nama sebenarnya Kim Taehyung mendapat mata sebanyak 9964 mengalahkan Shah Rukh Khan yang berada di tangga ketiga. Kekalahan V mengejutkan peminat apabila juara The 100 Most Handsome Men Of 2020 iaitu Xiao Zhan dari China.
Selain mengalahkan V BTS dengan beza mata hanya satu iaitu 9965, Xiao Zhan turut memecah rekod baru apabila menjadi lelaki asia pertama menjuarai ketegori yang dipertandingkan sejak 2015. Hanya lelaki dari barat saja menguasai kejuaraan sejak 2015 hingga 2019 yang mana pelakon Tom Cruise sering menonjol.
Berikut adalah bintang dari Korea yang tersenarai di kedudukan masing-masing
85 Kim Seon Ho 79 Felix 75 Kang Daniel 67 Park Jimin 64 Park Hyun Sik 62 Lee Dong Hae 60 Park Jin Young GOT7 58 Jung Jae Hyun 56 Park Chan Yeol 54 Hwang Hyun Jin 52 Cho Min Ho Shinee 46 Rowoon 39 Baekhyun 37 Vernon 35 Kim Myung Soo 32 Siwon 31 Jackson Wang 28 Lucas NCT 26 Kai EXO 21 Tae Yong NCT 19 Lee Min Ho 18 Jungkook BTS 16 Cha Eun Woo 14 Suho EXO 9 Jin BTS 7 Sehun EXO 2 V BTS
Selain mengumumkan kedudukan, kategori ini turut menamakan bintang-bintang ini dengan gelaran masing-masing. Tonton video penuh ini untuk ketahui keputusan penuh yang mana bintang Bollywood turut sama tersenarai.