Golongan LGBT semakin diberikan liputan meluas di Korea apabila banyak cerita dan drama Korea menampilkan watak golongan songsang ini. Namun, walaupun kini ia baru mula disedari, industri seni Korea sebenarnya sudah lama menyelitkan elemen sebegini. Pun begitu, karakter yang diwujudkan itu sebenarnya sekadar hiasan dalam elemen jenaka.
Perkembangan watak dalam drama dan filem Korea dilihat semakin berani kerana mahu cuba mengikuti selera bukan saja masyarakat Korea tetapi masyarakat dunia. Oleh kerana itu, watak LGBT semakin ditonjolkan dan menjadi sebegai salah satu daya penarik.
Apa yang pasti, melalui kreativiti penulis skrip dan pengarah filem, ramai tidak perasan drama tersebut mempunyai mesej dan maksud tersendiri bagi golongan LGBT. Istimewa untuk pembaca KOREA BUZZ, berikut adalah 7 drama popular Korea yang mempunyai watak LGBT. Lebih dahsyat lagi, ada watak tersebut memberikan kesan mendalam sehingga pelakon tersebut memilih jalan mati dengan bunuh diri.