Mengenali masyarakat Korea secara terperinci menggalakkan ramai bangsa antarabangsa terkejut. Walaupun mungkin ada segelintir anda tidak dapat menerima, namun ramai juga menganggap ianya unik dan terus mendalami budaya Korea yang berjaya menakluk dunia menerusi drama Korea dan muzik KPOP.
Salah satu sikap yang dianggap pelik dan unik adalah orang Korea sebenarnya suka bercakap dengan diri sendiri. Perangai ini bukanlah gila atau sakit mental walaupun di Korea kes kesihatan mental semakin meningkat.
Apa yang pasti, orang Korea suka bercakap dengan diri sendiri dalam pelbagai situasi dan keadaan. Orang Korea selalu bercakap dengan diri sendiri setiap kali menonton drama. Kebiasaannya mereka akan meluah rasa dengan menjadi protagonis dengan berkata.. “OMG, apa hal dengan lelaki ini?” Atau “Ya! Cium wanita itu!”.
Manakala apabila sedang bekerja dan berada di pejabat, mereka akan sentiasa bercakap dengan diri sendiri untuk mengingati diri tentang kerja yang perlu disiapkan mengikut waktu yang ditetapkan. Jadi, seandainya rakan sepejabat anda orang Korea, pasti anda terdengar mereka berkata ayat-ayat seperti “Nanti buat lepas habis kerja,” atau “Shoot! I am doomed..”
Satu lagi situasi yang biasa berlaku apabila menjamu selera terutama sekali makan malam. Apabila makan malam, tidak kiralah makan bersama orang lain atau bersendirian, mereka akan bercakap dengan diri sendiri dan mengatakan ayat-ayat seperti “Wow, nampak sedap!” atau “Saya nak itu juga!”
Dari tiga situasi ini, rata-rata kebanyakannya berlaku terhadap wanita. Oleh itu, janganlah sekali anda menganggap mereka gila atau sakit mental. Ini kerana tabiat ini sudah sebati dengan masyarakat mereka.