Pelakon popular Korea, Shin Se Kyung terus beramal pada musim perayaan dengan menghulurkan derma kepada golongan yang memerlukan. Sikap dermawan ini bukanlah pertama kali dilakukan beliau sebaliknya ia sudah pun dilaksanak sejak tahun lalu.
Pengumuman rasmi tentang sikap mulia ini telah diumumkan oleh pengurusannya iaitu Namoo. Menerusi pengesahan itu, Se Kyung telah mendermakan profit yang diperolehinya menerusi saluran Youtube peribadinya kepada jiran tetangga yang dalam kesusahan dan juga kepada pihak NGO antarabanga yang berpusat di Korea.
Bentuk derma yang dihulurkan Se Kyung berupa produk wanita, perkhimatan mentor, barang ekonomi khusus buat gadis-gadis yang datang dari keluar miskin dan susah.
“Setiap tahun pelbagai kesusahan dan cabaran dihadapi. Tetapi kasih sayang dan sokongan yang saya terima dari anda membuatkan saya hargai dengan tahun yang dilalui. Saya harap, derma ini menjadi batu lonjakan buat anak-anak disana untuk mencapai sesuatu yang dihajati,” kata Se Kyung.
Memandangkan ini bukanlah pertama kali baginya menggunakan profit youtube untuk menderma, dia juga telah bersetuju untuk menggunakan suaranya untuk kempen berkaitan secara percuma.
Semoga amalan sebegini mendapat perhatian baik dari segenap lapisan masyarakat bukan saja di Korea tetapi masyarakat dunia.